28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

PRN Sarawak: PN gerak jentera bantu kempen GPS

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju untuk menggerakkan jentera serta akar umbi gabungan politiknya di setiap peringkat bagi membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan tersebut diambil selepas mesyuarat yang dihadiri pimpinan parti PN semalam susulan lawatan dua hari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sarawak minggu lalu.

“Kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu juga komited untuk memantapkan lagi kerjasama politik antara PN dan GPS di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, pimpinan PN turut menzahirkan penghargaan tinggi kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg kerana menyambut baik Perdana Menteri dalam lawatannya selain komitmen pentadbiran pusat dan kerajaan negeri untuk memantapkan lagi kerjasama.

“Keakraban yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi parti sepanjang lawatan rasmi tersebut membuktikan bahawa persefahaman politik antara dua parti berada pada tahap yang amat baik.” jelasnya.

Sementara itu, Hamzah memberitahu, Majlis Tertinggi PN mengambil maklum serta menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Permesyuaratan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – PAS di peringkat pusat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Baca juga:   Kanak-kanak bawah 12 tahun di Sarawak akan divaksin

“Dalam hal ini, PN percaya bahawa jawatankuasa itu mampu merangka strategi kukuh bagi meraih sokongan dalam kalangan bumiputera, di samping memelihara kepentingan dan hak bukan bumiputera seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – EDISI 9

Baca juga:   60 peratus Peranti Siswa sudah diedarkan - Ismail Sabri

Wartawan

Terkini

Lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup diburu

SEORANG lelaki warga tempatan diburu pihak berkuasa berikutan kekejamannya memukul dan membakar seekor anjing dipercayai di Taman Impian Emas,...

Lagi Artikel Berkaitan