24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis panggil Neelofa dan suami beri keterangan

Mesti Baca

LANGKAWI – Selebriti dan usahawan terkenal dan usahawan terkenal, Neelofa serta suaminya, Haris Ismail akan dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan tentang dakwaan pasangan yang baru berkahwin itu berbulan madu di Langkawi.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan bukti video dan gambar yang dimuat naik dalam media sosial, pasangan itu dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan.

“Kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia, hari ini.

Beliau memberitahu, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatannya perniagaannya.

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja…. jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP.

Advertisements

“Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” jelasnya.

Beliau berkata, polis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin.

Sementara itu, ketika mengulas isu kehilangan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat, beliau berkata polis masih mengesan lokasi usahawan itu.

“Setakat ini belum ada perkembangan terbaharu dan dia masih bersembunyi di luar negara tapi kena ingat jerat tidak pernah melupakan pelanduk.

“Saya juga hairan ketika di luar negara pun dia masih mencuit hati orang ramai dan saya nasihatkan dia supaya balik dan pergilah mahkamah,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan