25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tukar Pengarah Pilihan Raya BN kalau mahu menang PRU

Mesti Baca

CYBERJAYA – Barisan Nasional (BN) perlu menukar Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman jika mahu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mendakwa, Tajuddin tidak tahu langsung mengemudi gerakan jentera PRU.

Sebaliknya, dakwa beliau, Tajuddin hanya memecahbelahkan lagi jentera-jentera di UMNO bahagian.

“Semasa beliau ke Lembah Pantai dan Parlimen Tangga Batu, kenyataan-kenyataan beliau bukan kearah strategi parti, sebaliknya hanya banyak sembang kosong dan tidak membantu jentera parti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhammad Muqharrabin berkata, beliau menerima banyak maklum balas negatif daripada rakyat mengenai BN.

Beliau memberitahu, ramai yang rindukan BN tetapi mereka tidak suka dengan perangai dan muka-muka pemimpin yang lama.

“Bukan mereka tidak berjasa, tetapi, rakyat mahu BN menampilkan calon-calon baharu yang lebih wibawa demi kemenangan PRU-15,” jelasnya.

Sehubungan itu, Muhammad Muqharrabin meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar berani menampilkan muka-muka baru untuk PRU-15.

“Sekiranya rakyat minta poster PM kita bukan Presiden sendiri, saya yakin, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu berjiwa besar untuk memilih sesiapa sahaja demi UMNO dan rakyat.

“Saya percaya, sekiranya Presiden berani melakukan hal ini, beliaulah akan menjadi punca kejayaan BN untuk PRU-15 dan akan diangkat sebagai wira sebenar UMNO sepanjang zaman,” katanya. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan