29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

BPMS pupuk kesatuan umat Islam – Pemuda PAS

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diketengahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berupaya memupuk kesatuan umat Islam melalui agenda Penyatuan Ummah.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, BPMS juga mampu memupuk perpaduan kaum melalui agenda Perpaduan Nasional.

Menurut beliau, BPMS menolak agenda Malaysian Malaysia yang didokong oleh DAP dan budaya politik liberalisme yang bertentangan dengan nilai Rukun Negara prinsip Perlembagaan Persekutuan.

“BPMS menolak agenda yang bertujuan menyelamatkan peribadi pemimpin politik yang bermasalah serta kumpulannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Khairil Nizam menambah, Pemuda PAS akan terus memperkukuh kerjasama dengan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan sayap-sayap pemuda dalam SAPP, STAR dan Gerakan melalui wadah Perikatan Nasional (PN).

Beliau memberitahu, Pemuda PN akan terus menghulurkan tangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membawa suara anak muda untuk diberikan perhatian dan diselesaikan oleh kerajaan PN.

“Pemuda PN juga akan terus memperkasa kepimpinan pemuda dan wanita muda bagi mewarnai politik negara.

“Nantikan pelancaran produk ‘akuPN’ (Akar Umbi Pemacu Negara) sebagai platform bagi membantu mengurangkan pengangguran anak-anak muda,” jelasnya yang juga Ketua Pemuda PN.

Khairil Nizam turut menyeru kepada semua pihak untuk memfokuskan usaha memerangi pandemik COVID-19.

“Kami menyeru kepada anak-anak muda PAS akan terus beristiqamah melalui BPMS membawa agenda tajdid dan Islam di dalam politik negara,” jelasnya.

Beliau menegaskan, Pemuda PAS komited mendokong kerajaan PN melalui pelbagai inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan seperti PRIHATIN, PENJANA, PERMAI dan PEMERKASA.

“Selain itu, bagi meningkatkan ‘feel good factor’ rakyat, Pemuda PAS menyokong dan mendokong tawaran baru yang dinyatakan oleh Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS iaitu Berintegriti dan Berkebajikan yang berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk, bumiputera dan bukan bumiputera.

“Semua tawaran ini akan berasaskan kepada dimensi budaya politik baru dan segar iaitu BPMS,” katanya.

Sementara itu, Khairil Nizam berkata,kelesuan politik dalam kalangan anak muda yang muak dengan politik akibat daripada pemimpin yang rakus menjadikan politik sebagai wadah untuk menambah kekayaan, kebal daripada tindakan undang-undang, pecah amanah serta salahguna kuasa adalah barah kronik yang mesti dihentikan segera oleh kita semua.

“Hakikatnya, politik itu sendiri tidaklah kotor dan jijik. Yang menjadikannya kotor dan jijik ialah pemain politik yang tidak berintegriti dan memperdagangkan bangsa dan negara untuk diri sendiri,” ujarnya. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan