26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

Tiada unsur aniaya, kompaun pelajar KMP boleh dikurang – Exco

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tiada unsur penganiayaan terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak (KMP) di sini yang dikenakan kompaun RM1,500 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata pegawai penguat kuasa KKM yang mengeluarkan kompaun tersebut hanya menjalankan tugas bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi untuk mengekang penularan COVID-19.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, kesemua pelajar yang dikompaun itu masih boleh membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah kompaun tersebut dan pihaknya yakin kesemua pelajar itu mampu membayarnya.

“Saya yakin jumlah pengurangan itu seminimum mungkin dan mampu dibayar pihak pelajar dan jika sampai mereka tidak mampu untuk membayar kompaun, InsyaAllah saya juga boleh membantu untuk menyelesaikannya,” katanya.

Mohd Akmal berkata kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak Tahun 2021 di Bazar Ramadan Dataran Taman Orkid hari ini.

Baca juga:   PPV IDCC Shah Alam ditutup sehari, petugas positif Covid-19
Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Perak mengenakan kompaun kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perak kerana tidak memakai pelitup muka baru-baru ini. – Sumber: Media sosial

Beliau diminta mengulas mengenai insiden yang tular dalam media sosial dan menerima pelbagai kritikan daripada warganet yang mempertikai tindakan KKM itu kerana pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lepas dan tidak dibenarkan keluar.

Mereka dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.

Baca juga:   Covid-19: Tidak adil hanya salahkan BN/PN - Najib

Sementara itu, Mohd Akmal meminta semua pihak menghormati tugas agensi penguatkuasaan yang bertungkus lumus sejak tahun lepas untuk membendung penularan COVID-19.

“Saya nasihatkan semua pihak supaya bertenang. Perkara ini boleh diselesaikan tambahan sekarang bulan Ramadan, bersangka baiklah kepada pihak KKM yang bekerja keras supaya kita boleh hidup kembali seperti biasa,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya lewat malam tadi berkata Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat aduan tular berhubung kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadap pelajar Kolej Matrikulasi Perak atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Baca juga:   Saguhati sukarelawan kesihatan kini RM100 sehari

Terkini

JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

CYBERJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu seramai 4,422 murid kematian waris akibat pandemik tersebut sehingga rekod Isnin...

Lagi Artikel Berkaitan