32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

‘Underemployment’: Malaysia perlu strategi lebih baik

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh MOHAMED KHALED NORDIN

MALAYSIA telah lama menjadi negara yang mengalami fenomena underemployment, iaitu keadaan di mana graduan kita dibayar gaji yang tidak setimpal kelayakan dan keperluan hidup mereka atau tidak menggunakan kemahiran dan ilmu mereka sesuai pekerjaan yang mereka lakukan.

Data Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan sekurang-kurangnya 10 peratus graduan dengan ijazah pertama mendapat gaji antara RM1,001 ke RM1,500 sebulan semenjak 10 tahun lepas.

Kaji Selidik Kementerian juga menunjukkan 22.3 peratus graduan pada 2020 berada dalam kategori pendapatan tersebut.

Semua angka ini adalah sangat membimbangkan, apa lagi bila mengambil kira pelaburan negara untuk pendidikan tinggi adalah sangat besar.

Malangnya kerajaan hari ini mengambil jalan mudah dengan alasan bersyukurlah kerana keadaan pandemik waktu ini menyukarkan pembayaran gaji yang tinggi.

Tetapi keadaan ini sebenarnya telah mula berlaku semenjak 10 tahun lepas.

Malaysia sudah sepatutnya mempunyai dasar jelas mengeksport bakatnya untuk kepentingan global.

Malangnya Malaysia terus dengan sikap slowbalisation, tanpa strategi dan mengambil pendekatan mudah dengan membiarkan pasaran menentukan harga upah bakat tempatan.

Graduan kita wajar mempunyai a dignified start untuk kerjaya mereka. Potensi yang ada pada mereka perlu dibongkar dengan upah yang setimpal.

Hanya upah setimpal dan lebih baik akan memberikan impetus untuk kerja keras, kegigihan dan idea serta kreativiti terbaik.

Apalagi pada usia mereka yang sangat produktif dan di kala mereka ingin membina kehidupan baru untuk diri mereka dan keluarga.

Kerajaan yang mengabaikan generasi terbaiknya adalah Kerajaan yang akan membayar harga yang mahal untuk kemajuan negaranya.

Nampaknya Malaysia mula menuju kearah tersebut, membazirkan bakat dan potensi generasi mudanya, tanpa strategi yang sesuai zaman.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah bekas Menteri Besar Johor. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan