25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lelaki kanibal tergamak makan daging ibu sendiri

Mesti Baca

MADRID – Seorang lelaki bertindak kejam mencincang mayat ibunya sendiri dan memakan daging wanita malang itu mentah-mentah di Ventas, Sepanyol, dua tahun lalu.

Memetik laporan AFP, suspek, Albert SG yang juga popular dengan julukan Kanibal Ventas dipercayai bergaduh dengan mendiang ibunya yang berusia 69 tahun di rumah pangsa yang didiami mereka.

Albert dikatakan mencekik ibunya sebelum menyeret tubuh wanita berkenaan ke bilik tidurnya.

Dia seterusnya memotong mayat mangsa dengan menggunakan gergaji dan dua bilah pisau dapur.

Memetik kertas pertuduhan terhadap suspek di mahkamah, Albert didakwa memakan daging ibunya selama 15 hari.

Dia juga menyimpan beberapa bahagian tubuh ibunya di dalam bekas plastik dan meletakkannya di dalam peti ais dan sekitar rumahnya.

Albert turut memasukkan cebisan tubuh ibunya ke dalam beg plastik sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Seorang pegawai polis yang memberi keterangan di mahkamah semalam berkata, tertuduh memberitahu dia memakan sebahagian daging ibunya mentah-mentah dan bakinya dimasak atau diberikan kepada anjing.

Polis memulakan siasatan selepas rakan ibu Albert membuat laporan tentang kehilangannya.

Albert seterusnya ditahan di rumahnya pada 23 Februari 2019 setelah polis menemukan lokasi kejadian jenayah yang amat mengerikan di situ.

Polis turut mengesahkan bahawa Albert pernah mempunyai masalah ketagihan dadah.

Namun tidak dinyatakan sama ada Albert melakukan pembunuhan dan kanibalisme itu di bawah pengaruh dadah.

Pendakwa raya meminta Albert dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun ekoran pembunuhan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

Pendakwaan juga menuntut Albert membayar pampasan berjumlah $110,00 kepada abangnya.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan