36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kenapa tentera bawang dengki sangat dengan Neelofa?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh KAK KIAH

AKHIRNYA kompaun dikenakan terhadap Neelofa sekeluarga sebab melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan pengantin baharu Neelofa dan PU Riz pun kena kompaun juga sebab menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan polis.

Dalam hal ini, Kak Kiah memang respek dengan Neelofa sebab dia tak komplen pun sebab kena kompaun RM60,000 secara berjemaah dengan suami dan 20 ahli keluarga yang lain.

Kesalahan telah dilakukan dan Neelofa pasrah dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Tak cukup dengan itu, dia menunjukkan hati yang mulia apabila mahu membantu abang burger yang kena kompaun RM50,000 sebab melanggar SOP PKP bila beroperasi lebih masa.

tentera bawang
Oh, mulianya hati Neelofa sebab sanggup bayarkan kompaun abang burger. – Gambar: Facebook Neelofa

Bagi Kak Kiah, apa yang Neelofa buat itu sudah cukup untuk menggambarkan sikap terpuji yang seharusnya ada dalam diri dan keperibadian seorang usahawan Melayu dan Islam yang berjaya.

Cuma yang sangat menyedihkan, ramai yang masih kondem Neelofa walaupun kes dia langgar SOP sudah ada penyelesaian.

Kak Kiah memang tak faham apa yang tentera bawang Malaysia marah sangat dengan Neelofa?

Adakah memiliki paras rupa yang cantik dan berasal dari keluarga yang kaya-raya itu satu kesalahan?

Mungkin juga perasaan hasad dengki mempengaruhi sentimen netizen terhadap Neelofa sekeluarga.

Memang diketahui dari dulu lagi, orang Melayu kuat berdengki dengan orang sebangsa dengan mereka yang berjaya.

Perasaan dengki yang menebal lazimnya menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan ilmu hitam bagi menjatuhkan hamba Allah yang didengkikan itu.

Sedih sangat Kak Kiah apabila melihat komen-komen netizen yang berbaur hasad dengki sebaik sahaja media menyiarkan laporan tentang kompaun yang dikenakan terhadap Neelofa sekeluarga.

Mereka macam lupa hakikat kita masih berada dalam bulan Ramadan yang mulia.

Apalah salahnya berbaik sangka dengan saudara seagama?

Kalau tak mahu sokong perniagaan Neelofa sekalipun, janganlah tabur pasir dalam periuk nasi dia.

Neelofa kompaun
Usahlah didengkikan kebahagiaan pasangan pengantin baharu ini. – Gambar: Facebook Neelofa

Memang Kak Kiah sentap sangat tengok perangai pakcik-pakcik dan makcik-makcik bawang Malaysia.

Entah-entah mereka pun ramai yang selamba langgar SOP, tetapi bernasib baik sebab tak kantoi dengan abang polis atau KKM.

Cakap memang lebat bila orang lain termasuk selebriti dan influencer kena kompaun.

Tapi bila kena kat batang hidung sendiri, mahu menangis tak berlagu sambil meroyan dalam media sosial.

Kak Kiah harap dalam bulan Ramadan yang mulia ini, tentera bawang Malaysia bawak-bawaklah bermuhasabah diri dan buangkan sifat dengki tu jauh-jauh.

Daripada mengumpat orang tak tentu pasal, lebih baik tingkatkan pahala dengan tadarus al-Quran.

  • Kak Kiah merupakan bekas wartawan hiburan yang benci gosip dan publisiti murahan.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan