31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

UMNO umpama janda lawa, idaman ramai jantan gatal

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh WAK TOTOK

Memang banyak parti kemaruk nak berkawan dengan UMNO, tak kiralah dari Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).

Hari-hari pemimpin mereka asyib meratib meraban tentang UMNO, seolah-olah mereka sudah menjadi jurucakap tidak rasmi parti kesayangan Wak dan orang Melayu itu.

Tidak cukup dengan pemimpin-pemimpin parti, penganalis-penganalisis politik upahan pun tumpang sekaki.

Tentera siber mereka yang sebenarnya puak pengecut berselindung di sebalik akaun media sosial palsu pun sama.

Apa sahaja yang UMNO buat atau tak buat, semuanya tak kena di hati mereka.

Hal dalaman parti termasuk maklumat sulit dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pun mereka sibuk-sibuk mahu ambil tahu.

Yang dalam UMNO pun ada yang terikut-ikut dengan menghentam dan memperlekehkan parti sendiri.

Bagi jawatan sikit, ramai yang jadi rambang mata dan lupa diri.

Hairan betul Wak tengok perangai puak-puak yang cuba ‘mengorat’ UMNO untuk bersama mereka.

Nampak macam hendak memikat UMNO ikut mereka, tetapi pada masa yang sama, mereka mencerca, memfitnah, menyindir dan memburuk-burukkan UMNO.

Perangai mereka tak ubah macam jantan-jantan gatal yang sangap bila janda lawa yang diidamkan tidak melayan mereka.

Ada sahaja cerita tak baik tentang UMNO yang dijadikan bahan untuk mereka meroyan dalam media sosial.

Benar atau tidak benar, mereka peduli apa. Asalkan, nama janda lawa yang gagal menjadi milik mereka menjadi busuk sebusuk-busuknya.

Seperti janda lawa, memang banyak aset dimiliki UMNO yang menggiurkan parti-parti yang kemaruk macam jantan gatal itu.

Pertama, UMNO mempunyai jentera pilihan raya yang berpengalaman dan mahir dalam menjalankan kerja-kerja kempen peringkat akar umbi.

PAS dan PKR tiada masalah dalam hal ini sebab mereka juga memiliki aset yang sama.

Advertisements

Cuma PPBM sahaja yang mungkin terkucil sebab tak nampak bayang akar umbi mereka di kawasan-kawasan yang tidak mereka kuasai.

Jika UMNO menyertai PN, selain mencilok kerusi UMNO, mereka juga boleh memperalatkan jentera UMNO untuk berkempen sama seperti yang berlaku semasa PRN Sabah dahulu.

Kedua, UMNO masih lagi parti pilihan orang Melayu lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.

Ramai orang kampung dan warga Felda sudah mula merindui jasa dan sumbangan UMNO terhadap mereka ketika BN menjadi kerajaan.

Macam-macam yang mereka dapat, malah sehingga kini UMNO terus membantu walaupun secara kecil-kecilan.

Memang UMNO pun tidak sempurna, tetapi dalam soal turun padang berkhidmat untuk rakyat, UMNO memang nombor satu.

Sekiranya UMNO bersama PN, majoriti orang Melayu berkemungkinan besar menyokong gabungan parti politik setahun jagung itu.

Ketiga, UMNO adalah kingmaker yang boleh menaikkan, mengekalkan atau menumbangkan kerajaan yang memerintah.

Jumlah 38 kerusi Parlimen yang masih kekal milik UMNO tidak boleh dipandang ringan.

Sokongan atau penolakan mereka menentukan sama ada kerajaan PN yang sememangnya rapuh dapat bertahan lama atau sebaliknya.

Maka tak hairanlah para pemimpin, penganalisis politik dan tentera siber amatur PN beriya-iya meroyan setiap hari untuk menarik sokongan UMNO terhadap mereka.

Tetapi cara mereka memikat UMNO memang langsung tak kena. Hentam UMNO sampai tinggal separuh nyawa, lepas tu hulur tangan ajak UMNO ikiyt mereka.

Memang mimpilah UMNO nak ikut mereka dan Wak fikir pun lebih baik UMNO solo aje daripada bersama pasangan yang selalu menyakitkan hati.

Kalau duduk serumah pun tapi hari-hari bergaduh pun tak guna jugak.

Wak harap perwakilan yang hadir Perhimpunan Agung UMNO 2020 esok dan lusa, jangan pedulikan cakap-cakap orang luar yang tak ada kena mengena langsung dengan parti.

Kalau mereka kemaruk sangat hendak menentukan hala tuju UMNO, isi borang dan masuk UMNO.

Lepas tu, nak cakap apa pun lantaklah sebab setiap ahli UMNO berhak menyuarakan pandangan masing-masing dalam parti yang mengamalkan sistem demokrasi.

  • Wak Totok ialah seorang pemerhati politik semasa yang teguh memperjuangkan alif, ba, ta sejak dulu kini dan selama-lamanya.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan