23.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 18, 2021

UMNO bukan alat tawar menawar jawatan sesiapa – Zahid

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO bukan sebuah parti yang boleh menjadi alat tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.

Presiden UMNO itu menegaskan, parti itu tidak boleh digadai dan tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah mereka yang bermuka dua.

Justeru beliau menggesa ahli-ahli UMNO, para pejuang serta penyokong parti tidak terlalu bimbang dengan perancangan ‘broker’ yang penuh muslihat dan tipu daya.

“Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan. Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.

“Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima,” kata Zahid menerusi akaun Telegramnya hari ini.

Zahid berkata, UMNO adalah sebuah parti milik rakyat serta jutaan ahlinya, bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli.

“Insya-Allah selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan,” tegasnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau membaca setiap pandangan dan keluh-kesah ahli-ahli UMNO serta pejuang dan penyokong parti.

Baca juga:   UMNO umpama janda lawa, idaman ramai jantan gatal

“Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak ‘alert’ rancangan mereka. Saya ‘alert’. Saya malah ‘alert’ semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.

“Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah,” katanya.

Baca juga:   Politik muafakat vs politik perpecahan

Tambah beliau, keazaman, keyakinan dan jati diri UMNO ahli-ahli di peringkat akar umbi akan menjadi azimat sebagai penguat semangatnya.

Zahid sebelum ini dilaporan mengenal pasti dua Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang sering membocorkan maklumat setiap kali mesyuarat parti itu kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika berucap di hadapan Ketua-ketua Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat Perhubungan Negeri Melaka di Villa D’Acqua Homestay, Masjid Tanah, Isnin lalu.

Bagaimanapun sehingga kini beliau tidak mendedahkan nama kedua-dua ahli terbabit.

Sementara itu, Zahid memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang akan berlangsung pada 27 dan 28 ini akan disiarkan secara langsung meneruai Facebook dan YouTube.

Katanya, perhimpunan tersebut diadakan secara maya dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur serta di 190 bahagian seluruh negara.

Tambah beliau, orang ramai boleh mengikuti perjalanan perhimpunan itu secara maya menerusi pautan berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/

YouTube: https://youtube.com/c/MediaUMNOMalaysia – Edisi 9

Terkini

Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat berjemaah – Idris

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk mengatur satu muzakarah khas untuk membincangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan