25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sokong usaha kerajaan: Kenapa perlu lompat parti?

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang penganalisis politik pelik dengan sikap ahli-ahli Parlimen pembangkang di negara ini yang meninggalkan parti mereka semata-mata mahu menyokong usaha kerajaan.

Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, hakikatnya sokongan ahli Parlimen terbabit terhadap sebarang dasar pemerintah jauh lebih berharga berbanding sokongan ahli Parlimen kerajaan.

Beliau berkata, ini boleh dilihat dalam pemerintahan Amerika Syarikat apabila wakil rakyat Republikan tidak perlu keluar parti untuk menyokong dasar Presiden Joe Biden, manakala wakil Demokrat pula tidak keluar parti jika tidak bersetuju dengan dasar Biden.

“Sukar dimengerti mengapa ahli Parlimen pembangkang perlu melompat untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha pemerintah PN dalam menangani wabak tersebut (Covid-19).

“Itulah sebab mengapa Presiden Biden merindui sokongan wakil Republik atas pakej rangsangan bernilai AS$1.9 trilion yang tidak pernah dia dapat,” katanya hari ini.

XAVIER JAYAKUMAR – Sumber: NST

“Hakikatnya sokongan ahli parlimen ini terhadap sebarang dasar pemerintah jauh lebih berharga daripada sokongan ahli parlimen kerajaan.

Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bahawa terdapat tujuh atau lapan lagi ahli Parlimen pembangkang akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Advertisements

Beliau berkata, ahli-ai Parlimen terbabit mahu menyertai PN kerana prestasi baik yang ditunjukkan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu terutama dalam menangani Covid-19.

Beberapa hari lalu, Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Xavier Jayakumar bertindak meninggalkan parti untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan PN.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, tindakannya bagi membantu kerajaan membendung Covid-19, mencipta peluang pekerjaan dan mendapatkan dana untuk membina semula ekonomi negara.

Bekas Menteri Pembangunan Tanah, Air dan Sumber Asli ketika kerajaan PH sebelum ini didakwa sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pasir di bawah kementeriannya.

Azmi berkata, politik di negara ini agak berlainan dengan AS yang mana jika mahu menyokong dasar kerajaan, mereka perlu meninggalkan parti masing-masing.

“Politik Malaya ni lain sikit, kena keluar parti jadi bebas. Tapi politik Amerika payah nak ikut politik UMNO. Sebab ada wakil yang sokong dan ada yang tolak kerajaan PN. Dan kumpulan wakil rakyat ini masih kekal dgn UMNO. Hebatnya politik Tanah Air Ku,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan