26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 18, 2021

Setahun PN: Terancam ketika PH, selamat di zaman PN

Mesti Baca

Oleh MOHAMAD ASRI

KETIKA Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, antara perkara pertama yang ‘dikacau’ ialah penjawat awam. Dalam banyak perkara penting di Malaysia ini,  isu jumlah kakitangan awam juga menjadi keutamaan. 

Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat jumlah anggota kerajaan seramai 1.7 juta orang terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Langkah ini menurutnya dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan negara. Kerajaan PH mendakwa mereka mewarisi hutang negara daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) berjumlah hampir RM1 trilion.  

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Mohamed Hanipa Maidin dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pula memberitahu kerajaan menyasarkan pengurangan sebanyak 5 peratus perjawatan secara berfasa sehingga tahun 2021.

Langkah tersebut menurut Mohamed Hanipa akan mengurangkan pekerjaan daripada 1.7 juta kepada 1.61 juta perjawatan. 

Pengumuman tersebut sangat meresahkan rakyat khususnya penjawat awam. Sekiranya langkah tersebut dilaksanakan bukan sahaja jumlah yang sedia ada dikurangkan malah kemungkinan besar sudah tidak ada pengambilan baharu. 

Sedangkan menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat jumlah kakitangan awam sedia ada adalah ideal dan tidak terlalu besar . Malah menurut Adnan, masih terdapat beberapa jabatan dan agensi kerajaan lain yang menghadapi masalah jumlah kakitangan yang kritikal dan tidak mencukupi. 

Baca juga:   Pemuda UMNO Terengganu berjaya sanitasi hampir 600 premis

Walaupun langkah mengurangkan jumlah penjawat awam tidak sempat dilakukan sepenuhnya kerana hayat pemerintahan kerajaan PH hanya sempat bertahan selama 22 bulan sahaja, sejumlah pekerja kontrak atau pekerja khidmat singkat ditamatkan khidmat  atau tidak lagi disambung kontrak mereka.

Baca juga:   Petugas kesihatan meredah ombak sahut ‘panggilan pulau’

Mereka juga sempat menamatkan pekerja kontrak lantikan politik, dan membubarkan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).    

Apa yang menariknya,  Jasa yang berperanan sebagai `mata dan telinga’ kerajaan pada zaman BN digantikan dengan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang fungsinya juga menjadi mata dan telinga kerajaan PH dengan pengambilan kakitangan baharu seramai 1,430 orang!  

Pelbagai rintihan, keluhan dan tangisan dapat didengari daripada `mangsa’ yang diberhentikan kerja dan kerajaan PH mengambil sikap berdiam diri dan tidak mempedulikan segala rayuan hanya kerana `dendam’ kepada kerajaan terdahulu. 

Bagaimanapun keadaan ini tidak berlaku ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerajui negara sejak setahun lalu. Ketika ramai penjawat awam merasakan nasib mereka akan menjadi lebih buruk disebabkan pandemik Covid-19, sangkaan itu meleset. 

Pandemik ini telah memberi kesan besar kepada seluruh kehidupan  rakyat dan ekonomi negara. Rakyat kehilangan kerja, banyak syarikat tidak dapat beroperasi malah sebahagiannya ditutup terus menyebabkan pengangguran meningkat.  

Bagaimanapun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal-awal lagi sudah memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku pengecilan jumlah kakitangan awam manakala kakitangan kontrak pula akan terus kekal berkhidmat. 

Jaminan ini amat melegakan para penjawat awam dan ahli keluarga masing-masing yang sudah terkesan dengan Covid-19 yang masih belum reda sehingga ke hari ini.  Sebelum ini mereka berada dalam ketidaktentuan tentang nasib mereka khususnya yang berjawatan kontrak. 

Baca juga:   Shah Headan letak jawatan Lembaga Pengarah UPM
Baca juga:   Petugas kesihatan meredah ombak sahut ‘panggilan pulau’

Bayangkan jika PH masih memerintah, sudah tentu pandemik ini menjadi alasan paling kuat dan logik bagi mereka  melaksanakan pelan pembuangan dan pemberhentian penjawat awam yang sudah dirancang itu!

  • Tulisan ini adalah pendangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Harga ayam mahal, KPDNHEP sahkan tiada pembabitan kartel

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada pembabitan pihak kartel disebalik kenaikan harga...

Lagi Artikel Berkaitan