29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Salahkah YB Santhara rentas negara jumpa keluarga?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh: WAK TOTOK

RAMAI netizen Malaysia yang terkenal dengan julukan ‘tentera bawang’ otaknya menjadi mereng sejak COVID-19 datang ke negara kita.

Habis semua orang hendak dimarahnya dan dijadikan sasaran melepaskan geram.

Mula-mula mereka marah dengan bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebab gagal menutup pintu sempadan selepas COVID-19 meletup di seluruh dunia.

Kalah marah yang itu memang Wak sokong sebab arwah kerajaan PH memang satu sen pun tak guna.

Lepas itu, netizen marah dengan Rohingnya pulak.

Dah selesai dengan Rohingnya, mereka hentam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pulak.

Sampaikan bila PM Abah bagi perutusan pun teruk kena kecam.

Yang terbaharu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar pulak yang kena.

Memang Wak betul-betul tak faham kenapa netizen marah sangat dengan beliau semata-mata kerana merentas negara ke New Zealand untuk meluangkan masa bersama keluarga sendiri.

Bukannya beliau pergi berjalan-jalan makan angin pun di sana.

Surat penghargaan yang diterima YB Santhara. Gambar: Facebook Dato’ Sri Dr. Santhara

Setelah sekian lama berjauhan akibat tuntutan tugas kepada negara, beliau memang sepatutnya diberi masa untuk bersama dengan isteri yang mempunyai masalah kesihatan dan anak-anak mereka.

Lagipun, YB Santhara sudah mendapatkan kebenaran daripada Tan Sri Muhyiddin selaku bos besar kerajaan PN dan disokong pula oleh bosnya, Tan Sri Annuar Musa.

Walaupun, YB Santhara di New Zealand, Tan Sri Annuar yang rajin turun padang boleh tolong ‘cover’ untuk timbalannya.

Begitu juga dengan kerja-kerja di kawasan Parlimen Segamat, pegawai-pegawai YB di sana boleh uruskan.

YB Santhara
Pegawai di Pejabat Parlimen Segamat giat turun padang mewakili YB Santhara bertemu masyarakat. Gambar: Facebook Dato’ Sri Dr. Santhara

Kalau ada apa-apa yang penting, mereka masih boleh ‘calling-calling’ atau buat panggilan video.

Pokok-pangkalnya, memang tak ada isu besar pun bila YB Santhara ke New Zealand demi bersama keluarga tercinta.

Tempoh 55 hari bekerja pun bukannya lama, pejam celik tau-tau sudah habis masa bercuti.

Itu belum dikira tempoh kuarantin sebelum ke New Zealand, bila sampai di sana, sebelum balik ke Malaysia dan setelah sampai di sini.

Memang terlalu singkat masa untuk YB Santhara melepaskan kerinduan bersama isteri dan anak-anaknya.

Jadi, Wak harap netizen semua bertimbang rasalah sikit.

Cuba bayangkan diri kita berada dalam keadaan yang sama dengan YB Santhara yang hampir setahun tidak dapat berjumpa keluarga.

Sebagai seorang bapa dan suami, Wak sendiri tak tega hidup berjauhan dengan isteri dan anak-anak tercinta.

Dalam hal ini, Wak memang respek sangat dengan YB Santhara.

Wak pasti YB Santhara akan bekerja dengan lebih gigih dan berdedikasi kepada negara dan rakyat setelah menerima suntikan semangat daripada isteri dan anak-anaknya.

Kepada tentera bawang Malaysia, sampai bila hendak marah-marah?

Bawa bertenang, kerja rajin-rajin dan bersama-sama kita menyumbang untuk memulihkan ekonomi negara.

  • Wak Totok ialah seorang pemerhati politik semasa yang teguh memperjuangkan alif, ba, ta sejak dulu kini dan selama-lamanya.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan