28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Selangor masih catat kes jangkitan baharu tertinggi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 561 kes (38.7 peratus) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 484 kes (86.3 peratus) di Selangor adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 273 kes (18.9 peratus) dan Sarawak sebanyak 199 kes (13.7 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Mac 2021 (pukul 12 tengah hari)

Kes sembuh: 2,137 kes (298,516 kes kumulatif, 94.0 peratus);

Kes baharu: 1,448 kes (317,717 kes kumulatif);

Kes import: 10 kes (1 warganegara; 9 bukan warganegara)

Kes tempatan: 1,438 kes [878 warganegara (61.1 peratus); 560 bukan warganegara (38.9 peratus)];

Kes aktif: 18,010 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 151 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 72 kes; dan

Kes kematian: 5 kes (1,191 kes kumulatif, 0.37 peratus; 5 warganegara).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Johor, Melaka, dan Sabah.

Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Selangor

Selangor: 561 kes
286 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Puteh dan Kluster Dagang Permai; 198 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; Dua (2) kes import dari luar negara; dan 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 273 kes
176 kes daripada kluster-kluster, termasuk 131 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Parit Penyengat Darat dan Kluster Pona [Kluster ini melibatkan lapan (8) kes import dari luar negara]; 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 199 kes
60 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Melor; 96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 103 kes
37 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 99 kes
41 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 54 kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 83 kes
71 kes daripada kluster-kluster sedia ada; Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 20 kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 19 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 11 kes
Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 10 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: Lapan (8) kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: Tujuh (7) kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan Empat (4) daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Selangor

Sebanyak15 kes (1.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Telok Mas (5 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (2 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes), dan Kluster Tembok Bendera (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 10 Mac 2021:

Jumlah kluster: 1,217 kluster;

Jumlah kluster baharu: 5 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 768 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Dialisis Batu, Kluster Intan Mas, Kluster Kupang, Kluster Tapak Bina Jalan Nipah, Kluster Sri Gading, Kluster Jalan Ithnin, Kluster Padas Damit, Kluster Kampung Samin, Kluster Seri Bayu, Kluster Industri Grisek, Kluster Jalan Suasa, Kluster Kampung Lukut, dan Kluster Jalan Satu KKIP);

Jumlah kluster aktif: 449 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 59 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud (151 Kes), Kluster Parit Penyengat Darat (123 kes), dan Kluster Jalan Changkat Jong (49 kes).

Terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan dua kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti, dan satu kluster import.

Perincian lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER SUNGAI PUTEH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312147) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Bukit Puteh, Sungai Puteh, Lembah Jaya Utara, Hulu Langat. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DAGANG PERMAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pengawal-pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Dagang Permai, Ampang, Hulu Langat. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PARIT PENYENGAT DARAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak di Parit Penyengat Darat, Muar. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 317 individu telah disaring, di mana 124 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PONA
Kluster import ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan sebelum ke luar negara. Kluster ini melibatkan krew-krew sebuah kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru pada 6 Mac 2021. Kapal kargo ini mempunyai sejarah perjalanan dari Surabaya, Indonesia. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER MELOR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pusa di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-298181) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Lorong Melor, Kampung Tengah Beladin, Pusa. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

vaksin

Dr Noor Hisham turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan di pelbagai sektor kesihatan di Malaysia.

Beliau berkata, tarikh 10 Mac telah diistiharkan sebagai Hari Pembantu Perubatan dan tahun ini merupakan tahun ke-10 sambutan ini diraikan di seluruh negara dengan tema ‘Bersama Pembantu Perubatan Memerangi COVID-19’.

“Sebagai salah satu profesion di barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan negara ini, peranan Penolong Pegawai Perubatan adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan rakyat terjaga dan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada mereka.

“Semoga, kumpulan profesion ini dapat terus memainkan peranan yang penting serta bekerjasama sebagai sebuah pasukan bersama dengan profesion perubatan yang lain khususnya dalam membendung wabak COVID-19 di negara,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan