28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

45 individu ingkar SOP PKP terlibat aktiviti pelacuran

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seramai 451 individu ditahan polis di seluruh negara semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 45 orang daripada mereka ditangkap atas kesalahan berkaitan aktiviti pelacuran.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 393 individu dikompaun manakala 58 individu lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (129), aktiviti pusat hiburan (82), tiada penjarakan fizikal (79), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (28), tidak memakai pelitup muka (49), premis beroperasi lebih masa/ tanpa kebenaran (9),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 69,230 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

Seramai 3,922 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,643 anggota telah membuat pemantauan di 6,318 buah restoran, pasar raya (4,617), bank (2,703), penjaja (4,133), pasar awam/tani (156), kilang (2,148) dan pejabat kerajaan (1,217).

Turut dipantau adalah tempat ibadah (211), tempat riadah (17,012), terminal pengangkutan darat (3,469), terminal pengangkutan air (1,772) dan terminal pengangkutan udara (1,885).

Ismail Sabri menambah, dalam Op Benteng semalam, pasukan keselamatan telah menangkap 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas enam kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 103 buah bot / kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan.

“Selain itu, lima orang PATI turut diusir menerusi tiga aktiviti pengusiran,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Sibu Jaya Blok C, H, J, K, L, N dan R, Sibu, Sarawak tamat pada 11 Mac seperti yang dijadualkan.

Ismail Sabri memberitahu, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 6,875 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 390 kes telah dilaporkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan, terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” ujarnya. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan