24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UOB umum kenaikan gaji dan pangkat Jun 2021

Mesti Baca

CYBERJAYA – UOB hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif kenaikan gaji dan pangkat untuk semua kakitangan yang layak di seluruh kumpulan pada Jun ini.

Inisiatif kenaikan gaji dan pangkat secara meluas itu akan merangkumi sehingga 98 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan kumpulan di rantau ini termasuk Malaysia, China, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Walau bagaimanapun, inisiatif tersebut tidak termasuk pengurusan kanan.

Dorongan untuk melancarkan inisiatif berkenaan pada pertengahan tahun, lebih awal daripada program tahunan pada akhir tahun, menandakan keyakinan UOB terhadap pemulihan ekonomi yang berterusan pada 2021.

Melalui inisiatif tersebut, UOB juga mengiktiraf usaha gigih tenaga kerjanya seramai 26,000 dalam membantu para pelanggan dan bank itu muncul lebih teguh berikutan krisis COVID-19.

Di bawah pendekatan pampasan bayaran berasaskan prestasi bank, kakitangan berprestasi tinggi di seluruh kumpulan akan menerima kenaikan gaji yang melebihi purata pasaran.

Kenaikan gaji itu juga adalah berikutan pembayaran awal bonus prestasi 2020 UOB yang diterima oleh kakitangan pada bulan lepas.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan bayaran berasaskan jawatan, kenaikan pangkat pada pertengahan tahun akan diberikan kepada individu yang mempunyai skop pekerjaan lebih luas selain menjangkaui jangkaan prestasi sepanjang 12 bulan lalu.

Advertisements

Masa untuk ini ditetapkan berlaku serentak dengan penilaian prestasi pertengahan tahun bagi setiap kakitangan.

Ketua Sumber Manusia Kumpulan UOB, Dean Tong berkata, bermula dengan pemulihan yang mula muncul pada akhir tahun lepas dan yang menunjukkan pertumbuhan baik melangkah ke tahun baharu, UOB telah kekal berdaya tahan.

Menurut beliau, perkara itu sebahagian besarnya disebabkan oleh ketabahan, semangat berpasukan yang teguh serta keazaman kakitangan kami.

“Di UOB, kakitangan kami didahulukan. Prinsip asas kami adalah untuk menjaga kesejahteraan kakitangan, justeru kami komited melakukan yang sebaiknya bagi memastikan keperluan profesional dan peribadi mereka dipenuhi.

“Melalui inisiatif kenaikan gaji dan pangkat pertengahan tahun ini, kami menunjukkan penghargaan kami kepada warga kerja yang memberikan prestasi terbaik setiap hari dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan juga nank dalam tempoh yang sangat mencabar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada tahun lepas, apabila ekonomi dan perniagaan menghadapi kesukaran berikutan kesan buruk COVID-19, UOB menangguhkan kenaikan gaji dan pangkat untuk melindungi pekerjaan dan punca pendapatan kakitangannya.

UOB akan terus mengambil pendekatan yang berhemah dan berdisiplin untuk menguruskan perniagaannya, oleh itu, kajian semula pakej pampasan untuk pengurusan kanan akan dipertimbangkan pada fasa berikutnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan