26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

PKP di Nabawan dan PKPD 4 Felda sekitar Maran

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Nabawan, Sabah mulai 3 hingga 16 Mac ini berikutan peningkatan kes secara mendadak melibatkan kluster di daerah itu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam, secara kumulatif sebanyak 177 kes positif telah dilaporkan yang melibatkan 15 buah kampung di daerah berkenaan.

“Pelaksanaan PKP ini untuk mengawal pergerakan penduduk di daerah ini dan seterusnya untuk mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

taman perumahan
ISMAIL SABRI YAAKOB

Beliau turut mengumumkan pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol,
Maran, Pahang bermula 2 sehingga 15 Mac 2021.

Ismail Sabri memberitahu, sehingga kini sebanyak 46 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan kluster tersebut.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan melaksanakan pengesanan awal kes-kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan memastikan warga Felda Jengka 1, 2, 7 dan Felda Ulu Jempol yang berisiko dijangkiti kekal berada dalam kawasan PKPD,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, PKPD di Kampung Sungai Maong, Kuching; Taman Univista, Kota Samarahan dan Penjara Sungai Udang serta kuarters kakitangan akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Menurut Ismail Sabri, di Kampung Sungai Maong, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 427 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 40 kes telah direkodkan.

Baca juga:   PM beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Baca juga:   PM beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa

Beliau menambah, Kementerian Kesihatan turut mengesahkan kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 23 Februari 2021 dan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

Bagi Taman Univista pula, Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 700 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 57 kes telah direkodkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 23 Februari 2021 iaitu sebanyak empat kes positif,” ujarnya.

Di Penjara Sungai Udang pula, beliau berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 1,701 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 388 kes telah direkodkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta tiada lagi penularan kes dalam kalangan tahanan dan kakitangan,” katanya.

Dari segi tindakan penguatkuasaan, beliau menjelaskan, seramai 611 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 584 orang dikompaun manakala 27 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tiada penjarakan fizikal (169), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (122), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (91), tidak memakai pelitup muka (90), aktiviti sukan (40), aktiviti pusat hiburan (32), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (30), keluar rumah tanpa alasan munasabah (25) dan lain-lain (12),” katanya.

Baca juga:   Ibu bapa, penjaga disarankan patuh janji temu dos kedua anak

Selain itu, tambah Ismail Sabri, pasukan keselamatan telah menangkap seramai 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot serta lapan kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

Baca juga:   100,000 Keluarga Malaysia hadir bukti patriotisme tinggi - PM

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 161 buah bot/kapal di perairan negara melalui lima operasi penglihatan. Selain itu, seramai enam orang PATI turut diusir menerusi tiga operasi pengusiran,” jelasnya. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan