32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dunia sudah beralih infrastruktur 6G, Malaysia baru mula 5G

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Malaysia akan menanggung kesan buruk selama berpuluh-puluh tahun sekiranya kerajaan tersilap langkah dalam membina infrastruktur 5G di seluruh negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, infrastuktur digital adalah infrakstrutur antara paling kritikal negara untuk zaman digital pasca pandemik bagi tahun-tahun mendatang.

“Jadi, kita perlu memastikan pelan kerajaan bagi infrastuktur 5G benar-benar tepat dan tidak merugikan negara serta rakyat,” katanya dalam hantaran Facebook milik beliau hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, baru-baru ini, kerajaan mengumumkan rancangan untuk mewujudkan sebuah syarikat khas (SPV) kerajaan untuk menjadi syarikat tunggal untuk membina infrastruktur 5G dengan peruntukan RM15 bilion dalam 10 tahun akan datang.

Beliau memberitahu, syarikat-syarikat telekomunikasi swasta tidak akan dibenarkan untuk membina infrastruktur 5G mereka tetapi perlu menyewanya daripada syarikat SPV tersebut.

“Model kerajaan PN ini bagi 5G adalah jauh berbeza dengan hampir semua negara dalam dunia di mana lesen 5G diberi secara open tender dan kerajaan akan dibayar oleh telco untuk hak membina infrastruktur sendiri dan menawar perkhidmatan 5G kepada pengguna.

“Erti kata lain, kerajaan negara-negara lain akan dibayar berpuluh bilion ringgit oleh telco tetapi di Malaysia pula, kerajaan akan tanggung kos RM15 bilion untuk membina infrastruktur 5G secara sendiri pula,” jelasnya.

Najib juga sedia maklum bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi sudah mempunyai infrastruktur dan rangkaian 3G/4G sedia ada dan kos serta tempoh masa untuk mereka naik taraf ke 5G adalah lebih rendah.

Advertisements

Beliau menambah, syarikat swasta juga boleh bergerak jauh lebih pantas berbanding syarikat kerajaan sebab persaingan antara syarikat telekomunikasi untuk menarik dan kekalkan pelanggan masing-masing adalah sangat hangat.

“Jika semua pelanggan guna satu infrastruktur sama yang disewa maka tiada lagi perbezaan bagi khidmat 5G antara telco.

“Jika signal 5G adalah teruk di satu kawasan maka semua telco sama teruk,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, kata Najib, pasukan petugas 5G Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sendiri pernah menyatakan bahawa pembinaan infrastruktur 5G untuk meliputi 90 peratus negara hanya akan mengambil masa lima tahun dengan kos RM7.5 bilion.

“Tetapi diumumkan kerajaan baru-baru ini bahawa ianya sudah berganda menjadi kos RM15 bilion dengan tempoh masa 10 tahun pula.

“Saya khuatir apabila kerajaan berjaya menyiapkan 5G mengikut rancangan mereka pada tahun 2031, dunia sudah beralih ke 6G,” katanya.

Beliau menambah, negara-negara jiran yang lain merancang untuk menyiapkan infrastruktur 5G dalam masa terdekat manakala Singapura telah melancarkan perkhidmatan 5G tahun lalu. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan