26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Segera tamatkan pembekuan akaun UMNO Selangor

Mesti Baca

Selepas SPRM gagal lucut hak wang RM2.73 juta

CYBERJAYA – Badan Perhubungan UMNO Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menamatkan pembekuan serta penyitaan tehadap akaun parti itu dengan serta-merta.

Ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Selangor yang menolak permohonan SPRM untuk melucut hak wang berjumlah RM2.73 juta dalam akaun milik parti itu hari ini.

UMNO Selangor dalam kenyataannya berkata, permohonan susulan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk menggantung keputusan ini sementara merke mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan juga ditolak.

“Justeru, SPRM wajib menamatkan pembekuan serta penyitaan ke atas akaun Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor serta-merta bagi membolehkan UMNO Selangor kembali mempunyai akses kepada wang kepunyaannya,” kata kenyataan itu menerusi Facebook.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan SPRM gagal membuktikan wang yang dikatakan diterima oleh UMNO Selangor daripada Datuk Seri Najib Tun Razak atau pun wang dari wang haram.

Mahkamah juga memutuskan bahawa wang yang dikatakan daripada bekas Perdana Menteri itu telah lama habis digunakan dan pihak SPRM gagal mencabar kesahihan serta kandungan akaun-akaun dan pengataan-pengataan yang dikemukakan dalam afidavit responden.

“Justeru, mahkamah telah menolak permohonan SPRM untuk melucuthak wang tersebut,” kata kenyataan tersebut.

UMNO Selangor serta kesemua responden lain iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Datuk Johan Abdul Aziz dan Datuk Mohamad Satim Diman diwakili oleh peguam Datuk Hasnal Rezua Merican dan Muzzammil Merican. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan