23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Perwakilan setuju UMNO keluar dari kerajaan PN

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seperti yang dijangka, semua perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebulat suara bersetuju agar parti itu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mereka menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa beliau menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden, hari ini.

“Sidang perwakilan, sekali lagi kalau kita bersetuju dengan cadangan daripada Pengerusi-Pengerusi Perhubungan yang menjadi jurucakap untuk memberi mandat kepada Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi untuk menentukan jeda atau masa untuk tarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional saya minta banggun memperlihatkan sokongan.

“Saya mahu tanya dengan kebenaran Pengerusi Tetap, Pengerusi Tetap tanya dengan perwakilan baru sah, setuju atau tidak,” katanya.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badrudin Amiruldin seterusnya bertanya kepada para perwakilan yang berada dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan yang mengikuti persidangan secara maya.

“Setuju atau tidak setuju? Maya-maya setuju? Dewan-dewan setuju? Setuju semua. Alhamdulillah,” katanya.

Ahmad Zahid dalam ucapannya memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet kerajaan PN bahawa pelantikan mereka diputuskan oleh parti.

Beliau juga mencabar menteri-menteri Kabinet dari UMNO untuk meletakkan jawatan seiring dengan keputusan sebulat suara yang dicapai agar parti menarik diri dari kerajaan PN.

“Jika ada dalam kalangan mereka yang telah seronok berada dalam bilik yang terlalu berhawa dingin dan berkerusi empuk lihat dan harus tahu bahawa mereka yang berada di sana termasuk seseorang yang menjadi menteri tetapi tidak berada di pentas ini, tetapi menikam UMNO daripada belakang.

Baca juga:   Annuar akan bawa usul beri kelonggaran kepada industri kreatif
Baca juga:   Kes COVID-19 perlu rawatan kritikal, ICU meningkat di Perak

“Kalau dia anak jantan dia harus meletakkan jawatan sebagai menteri. Ini makhluk perosak. Kalau bukan kerana UMNO tidak akan ada dia dalam kementerian berkenaan,” katanya.

Dalam ucapan dasarnya pagi tadi, Ahmad Zahid memberitahu, penolakan akar umbi telah pun diterjemahkan melalui usul yang diluluskan dalam 124 persidangan perwakilan UMNO bahagian.

Malah, katanya, sebanyak 147 daripada 191 ketua UMNO bahagian turut bersetuju menolak kerjasama tersebut. – EDISI 9

Terkini

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menziarahi pusara bekas 'sifu' atau mentor politiknya, Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan