25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Pendirian Shahidan bakal buka lembaran baharu di Perlis

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pendirian Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu memutuskan hubungan dengan UMNO Pusat kerana enggan bersama Perikatan Nasional (PN) bakal membawa lembaran baharu di negeri itu.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis itu bermakna Shahidan dan rakan-rakannya akan bertanding atas tiket PN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Beliau berkata, langkah itu sekali gus membuka peluang lebih luas kepada para pemimin dan ahli-ahli UMNO di Perlis yang masih setia dengan parti untuk bertanding atas tiket BN.

“Pendirian Shahidan untuk UMNO Perlis akan bersama PN dan tidak dengan BN pada PRU-15 akan membuka satu senario baru.

“Maknanya, Shahidan dan gengnya dari UMNO Perlis akan bertanding sebagai calon PN dan guna lambang PN. Agaknya, Pas Perlis pun akan ikut sama, iaitu bertanding tanpa logo PAS

SHAHIDAN KASSIM

“Sebaliknya, calon-calon UMNO yang tidak ikut Shahidan akan pula bertanding sebagai calon BN dan guna lambang BN. Ia akan jadi tiga penjuru. Menarik, kalau ikut kehendak nafsu Shahidan!,” katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Baca juga:   PAU ditangguh ke tarikh baharu, 11 hingga 14 Januari

Memetik laporan media, Shahidan mencabar keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang memutuskan bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Bersatu menjelang PRU-15.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Arau yang dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) sejak Oktober tahun lalu berkata, UMNO Perlis berpendirian akan tetap akan berunding dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Baca juga:   Vape perisa dadah dijual RM150 sebotol terbongkar

Untuk rekod, Shahidan mula bertanding dalam pilihan raya pada 1986 di Parlimen Arau dan mempertahankan kerusi itu pada 1990.

Pada 1995, beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang dan dilantik sebagai Menteri Besar Perlis sehingga 2008 apabila beliau digantikan dengan Datuk Seri Md Isa Sabu.

Pada pilihan raya umum 2013, Shahidan kembali bertanding di Parlimen Arau sehingga PRU-14 yang lalu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan