24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

JDT perluas jenama, lancar pasukan hoki ais

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan pasukan hoki aisnya dalam usaha meneroka pelbagai sukan lain, bagi mengharungi saingan liga hoki ais tempatan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, penubuhan pasukan tersebut merupakan stategi beliau untuk meningkatkan kualiti sukan berkenaan selain memperluakan jenama kelab itu di persada antarabangsa.

Memetik laporan Bernama, Tunku Mahkota Johor itu berkata, barisan pemain hoki ais JDT itu terdiri daripada pemain tempatan dari seluruh negara manakala tenaga pakar pasukan mungkin melibatkan individu dari luar negara.

“Kami hendak melebarkan jenama JDT kerana sukan ini sangat popular di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah Timur, jadi ia seperti mencapai dua perkara yang berbeza pada masa yang sama, iaitu dapat meningkatkan sukan tersebut di negara ini,” katanya di Iskandar Puteri, semalam.

Advertisements

Tunku Ismail berkata, pasukan hoki ais JDT terdiri daripada 10 pemain bagi pasukan senior dan junior yang berkecimpung dalam sukan tersebut sejak enam tahun lalu.

Bagi mencapai misi tersebut, sebuah gelanggang hoki ais dan kemudahan sukan berkenaan akan didirikan di Iskandar Puteri melibatkan kos sehingg RM19 juta.

Pasukan hoki ais JDT akan menyertai saingan liga tempatan yang dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini.

Kejohanan pertama akan disertai mereka adalah Weekend Warriors League, sebuah liga domestik pada Jun ini.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan