24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Minta menteri UMNO ‘dua wajah’ letak jawatan, siapa Redzuan maksudkan?

Mesti Baca


CYBERJAYA – Menteri di Jabata Perdana Menteri, Datuk Seri Redzuan meminta menteri daripada UMNO yang disifatkan beliau ‘berwajah dua’ meletakkan jawatan jika mereka tidak mahu menjadi sebahagian kerajaan.

Sambil menyifatkan kelompok itu sebagai panglima perang,Redzuan bagaimanapun tidak menyebut siapa individu berkenaan tetapi sekadar menegaskan ia boleh diketahui melalui ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO semalam.

“Menteri-menteri ini bersikap lain di depan (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi ketika mereka berada dalam kalangan ahli parti sendiri, mereka bersikap sangat berbeza.

“Bagi saya, menteri ‘dua wajah’ ini boleh pergi. Sekiranya anda tidak mahu jadi sebahagian daripada kerajaan, jangan jadi,” katanya kepada portal berita Free Malaysia Today (FMT).

Kenyataan Redzuan itu dibuat sehari selepas Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi mencabarn seorang menteri daripada parti itu meletakkan jawatan jika anak jantan kerana dianggap ‘menikam UMNO daripada belakang’.

Redzuan berkata, mereka yang berada dalam kerajaan mesti tegas dalam pendirian dan pegangan.

Advertisements

“Adakah anda mahukan perpaduan antara ummah supaya negara boleh maju ke depan atau adakah anda mahu meneruskan budaya panglima perang dalam UMNO?” soal beliau.

Beliau lega apabila perhimpunan itu dilihat menunjukkan ‘perangai sebenar’ panglima perang UMNO, termasuk yang berada dalam jemaah Menteri.

“Budaya panglima perang masih ada. Kita tahu beberapa personaliti dalam UMNO mahu menggunakan parti itu untuk menjaga diri sendiri, untuk melepaskan diri daripada keadilan. Ia mengecewakan ada orang lain mahu jadi sebahagian daripada itu,” tegasnya.

Mengenai resolusi yang diluluskan UMNO, termasuk menolak kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang (PRU-15), Redzuan berkata perkembangan itu tidak mengejutkan.

“Kita akan bertemu hari ini atau esok untuk membincangkan pendirian dan respons. Untuk PRU15, Muhyiddin sudah menyatakan dengan jelas kita sedia bersaing dengan UMNO. Walaupun kita mahu semua parti Melayu bekerjasama, kalau UMNO, kita akan sahut,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan