30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kalimah Allah: Sultan Johor zahirkan kebimbangan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kebimbangan baginda berhubung penggunaan kalimah Allah untuk tuhan yang lain daripada maksud sebenar.

Baginda amat dukacita kerana perkara tersebut boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmornian bangsa Johor yang bermuafakat dalam satu negeri.

Titah baginda, sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama perlu diambil kira dalam apa juga keputusan atau penghakiman kerana ia sangat dengan baginda selaku Ketua Agama bagi negeri Johor.

“Selaku Ketua Agama Islam di negeri Johor, saya menyeru kepada kerajaan Persekutuan agar meneruskan rayuan dalam prosiding ini.

“Malah saya akan mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan ini,” titah baginda dalam satu kenyataan, semalam.

Sultan Johor bertitah, kalimah Allah merupakan nama khusus kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam dan diberi oleh diri-Nya, bukan berasal dari mana-mana akar kata.

Sebaliknya, ia adalah nama khas yang merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang disembah oleh umat Islam seperti Firmah Allah SWT dalam surah Taha ayat 14 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.”

Malah, titah Sultan Ibrahim, Fatwa Negeri Johor yang diwartakan kerajaan negeri pada 4 Jun 2009 secara jelas menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.

Fatwa tersebut, jelas baginda, bermakna penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Isalm yang tidak bertepatan dengan maksud yang sebenarnya sebagaimana ajaran agama Islam adalah sama sekali tidak boleh dan tidak dibenarkan.

“Di negeri Johor, kita juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan yang dibenarkan oleh perundangan,” titah baginda.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.

Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Hakim Nor Bee Ariffin yang membuat keputusan itu bagaimanapun berkata, ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan