28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Covid-19: Kes baharu 1,828, Johor catat kes tertinggi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes atau 12.8 peratus daripada 1,828 kes baharu yang dilaporkan menjadikan keseluruhan 302,580 kes kumulatif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 198 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (UCU) manakala ke sembuh 2,486 kes dan kematian 5 kes.

‘’Untuk kes di Johor daripada 490 kes sebanyak 453 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 453 kes (24.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 220 kes (12.0 peratus),’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 113 kes (6.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (80 kes), Kluster Telok Mas (7 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (7 kes)

Kluster lain ialah Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Tembok Bendera (4 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (3 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes).

‘’Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua (2) kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta satu (1) kes di Melaka. Kesemua kes melibatkan warganegara,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan