25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ahli politik perlu vaksin khas tangani virus perpecahan

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh NASRUDIN HASSAN

SEHARI dua ini, riuh rendah negara dek iklim politik yang tidak menentu. Sekali “hujan”, sekali “panas”. Cuaca begini membuatkan ramai yang “demam” dan alami “selesema.”

Tidak dapat di nafikan bahawa kluster politik adalah kelompok terbesar dari masyarakat negara kita. Terlalu kecil jumlah yang tidak berpolitik atau tidak mengambil tahu langsung hal politik.

Anak-anak sekolah yang baru selesai SPM pun bertanya khabar tentang perkembangan politik tanahair. Kerana kenyataan politik muncul dimana-mana, termasuk di media sosial.

Ini membuatkan “demam” politik cepat merebak dan menular. Meskipun sebahagiannya tidak terlibat secara langsung dengan politik, tetapi mereka tetap menjadi kontak rapat dengan orang yang berpolitik.

Virus yang sedang menyerang orang politik dan juga kontak rapat mereka dewasa kini ialah “virus perpecahan”. Virus ini agak sukar untuk dimatikan.

Mutasinya sangat cepat. Terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti ego, keras kepala, sukar berbincang, suka adu domba, pencetus fitnah dan pengamal propaganda atau provokasi.

Ramai didapati positif “virus perpecahan” (VP) ini. Mungkin sebahagiannya tidak bergejala. Tetapi tetap boleh membawa risiko dan kesan pada pihak lain.

Gejala biasa akibat positif VP ini ialah:

i) hyper aktif sehingga suka membuat kenyataan di media sosial yang menghiris perasaan pihak lain,

ii) emosi tidak stabil, lalu memandang serong serta mencurigai sesama sendiri,

iii) kemurungan, lantas enggan berbincang untuk selesaikan masalah,

iv) angin pasang, maka berasa diri hebat dan boleh menang tanpa perlukan kawan.

Virus Perpecahan (VP) ini amat merbahaya kepada umat Islam. Masa depan umat Islam terancam. Pegangan kuasa politik dan ekonomi mereka juga tergugat.

Ada teori konspirasi mengatakan bahawa VP ini adalah hasil rencana Barat dan tali barutnya yang menjadi musuh Islam.

Teori itu ada asasnya. Namun perlu dilihat juga kepada situasi umat Islam sendiri yang menyumbang penularan virus bahaya ini.

Jika umat Islam mempunyai kesedaran dan kefahaman yang mendalam terhadap asuhan agama dan mempraktiskannya dalam kehidupan sosial mahupun politik, nescaya mereka tidak akan dijangkiti virus ini.

Standard Operating Procedure (SOP) asas yang telah ditetapkan oleh Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW untuk mengekang dan memutuskan rantaian virus ini telah dilanggar begitu sahaja.

Antara SOPnya :

i) bermesyuarat dan berbincang sebagai mekanisme menyelesaikan masaalah yang dihadapi. Bukan beradu siapa yang pantas dan pedas kenyataan politiknya di dada media.

ii) berakhlak dan beradab dalam mengurus perbezaan. Bukan bersaing siapa yang paling panjang lidah dan paling tegang urat lehernya dalam mempertahankan pendapat.

iii) berkasih sayang dan saling mempercayai. Bukan memandang serong dan sering mencurigai antara satu sama lain.

iv) memakai pelitup hati agar tidak mudah diresapi anasir mazmumah seperti tamak, hasad, marah, sombong dan lainnya.

v) selalu membasuh (wudhu’) anggota seperti tangan, mulut, hidung, muka, lengan, kepala, telinga, tengkuk dan kaki agar senantiasa tenang dan sejuk dari api fitnah syaithan yang mahu memecah belahkan umat Islam.

vi) menjarakkan diri dari musuh Islam dan para penghasut yang menjadi boneka mereka, agar diri tidak terpengaruh dengan bisikan perpecahan.

Namun dalam masa yang sama, saya melihat graf virus perpecahan ini boleh dilandaikan andai kita semua dapat mengambil vaksin yang mampu melemahkan virus tersebut.

Vaksin ini telah pun dihasilkan sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Ia mampu menjadikan ahli politik dan kontak rapat mereka tidak lagi berisiko dengan virus yang menular.

Pakej Vaksin yang saya maksudkan ialah:

Pakej 1 : Al Quranil Karim
Pakej 2 : Sunnah An Nabawi

Ambillah vaksin ini. Ia selamat bahkan terbukti kesannya. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan golongan anti vaksin ini. Terutama ahli politik, sebagai frontliner negara, segera ambil vaksin ini sebelum negara menjadi parah dan rakyat derita dengan pandemik virus perpecahan yang melan

  • Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan