31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

20 pekerja kilang pakaian maut dalam kebakaran

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 20 mangsa terbunuh dan 24 lagi cedera dalam kebakaran di kilang pakaian di pinggir ibu negara Mesir semalam.

Memetik laporan AFP dan Jordan Times, sebanyak 12 jentera bomba dihantar untuk memadamkan api yang marak di kawasan perindustrian Al-Obour.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Tidak dinyatakan sama ada mangsa-mangsa meninggal dunia akibat terbakar atau lemas terhidu asap tebal.

Menurut sumber, pendakwa kerajaan Mesir telah membentuk satu pasukan bagi menyiasat insiden kebakaran di kilang empat tingkat itu.

Seorang mangsa yang badannya melecur 25 peratus, Mahmoud Mohamed berkata, dia nyaris lemas akibat tersedut asap tebal semasa cuba melarikan diri dari lokasi kebakaran.

“Saya keluar bersama dua wanita muda dan seorang pemuda.

“Ketika saya membawa mereka keluar, badan saya dibakar api,” katanya seperti dilaporkan akhbar Al Youm Al Sabea.

Asap tebal kelihat berkepul-kepul di kawasan berhampiran kilang yang terbakar, menyebabkan orang ramai yang lalu-lalang terpaksa menutup muka dengan kain bagi mengelakkan terhidu asap.

Kesatuan tekstil Mesir mengucapkan takziah kepada pekerja-pekerja kilang yang meninggal dunia dan cedera dalam kebakaran tersebut.

Beberapa kebakaran telah berlaku di Mesir dalam tempoh beberapa tahun lalu ekoran pembinaan bangunan tanpa mengikut standard keselamatan selepas revolusi 2011.

Bulan lalu, sebuah gudang kasut 13 tingkat yang tidak mempunyai permit di Giza terbakar namun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Pada Mei 2020, sebuah kilang tilam di kawasan industri yang sama terbakar dan tiada mangsa yang meninggal dunia.

Dalam tahun yang sama, serama 17 mangsa cedera apabila sebuah lebuh raya terbakar akibat tumpahan minyak dari saluran paip yang bocor.

Setahun sebelum itu, sekurang-kurangnya 10 mangsa meninggal dunia apabila tangki yang mengandungi bahan kimia meletup di sebuah kilang fosfat di pelabuhan Ain Sokhna.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan