24.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Cemas! Wanita cuba bunuh diri di stesen monorel

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Orang ramai di sekitar Stesen Monorel Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur hari ini digemparkan dengan insiden seorang wanita cuba bunuh diri.

Memetik kenyataan dalam laman Facebook Bomba Kuala Lumpur hari ini, wanita tempatan berusia 39 tahun itu berdiri di atas bumbung jejantas yang ketinggiannya dianggarkan setinggi 30 kaki.

Melihat gambar-gambar yang dikongsi dalam media sosial, keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan agak sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang.

Wanita berkenaan memegang sebilah pisau dan meletakkannya pada bahagian leher, dipercayai bagi menghalang pasukan penyelamat mendekatinya.

Hasil tindakan pantas anggota bomba, mangsa berjaya ditangkap dan dapat dihalang daripada bunuh diri.

Dia seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang berdepan kemurungan atau mengetahui ada individu yang mengalami masalah tersebut digalakkan menghubungi Befrienders untuk mendapatkan bantuan.

Mereka boleh menghubungi talian hotline 603-76272929 atau menghantar e-mel kepada [email protected] .

Befrienders merupakan sebuag pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu kepada individu yang kesunyian, tertekan, kemurungan dan mempunyai kecenderungan membunuh diri.

Baca juga:   Tuntutan palsu PENJANA: SPRM buka 24 kertas siasatan

Perkhidmatan disediakan secara percuma kepada mana-mana individu yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama, umur dan jantina.

Sukarelawan Befrienders diberi latihan mencukupi dan setiap perbualan adalah sulit.

Nama mereka yang mendapatkan perkhidmatan Befrienders adalah dirahsiakan.

Baca juga:   Usah gelisah menanti 'gemparan' politik Anwar Selasa ini

Sebaik sahaja panggilan diterima, seorang sukarelawan yang prihatin dan terlatih akan mengendalikan perbualan.

Dia akan bertanya soalan tentang perasaan mangsa, memberi masa untuk berkongsi dilema yang dihadapi dan menghulurkan bantuan jika mangsa berdepan jalan buntu.

‚ÄčMaklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman sesawang Befrienders di https://www.befrienders.org.my/. – EDISI 9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan