28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Op Benteng: 15 PATI Indonesia, 2 tekong kena cekup

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pasukan keselamatan berjaya menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dan dua tekong rakyat tempatan dalam Op Benteng di sekitar Kota Tinggi, Johor malam semalam dan pagi tadi.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) hari ini:

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) ingin mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan tangkapan melibatkan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak sah bersama dua tekong warganegara Malaysia.

Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) pada 10 Mac 2021 jam 9.30 malam dan 11 Mac 21 jam 11.30 pagi.

Melalui maklumat yang dikongsikan oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai aktiviti tekong dan PATI di sekitar Tanjung Balau dan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, pasukan bersama PDRM telah melakukan intipan serta mengekori beberapa suspek bagi mendapatkan maklumat tempat perlindungan sementara pendatang asing tanpa izin.

Pada jam 9.30 malam, anggota Cawangan Khas PDRM telah menahan sebuah kenderaan Proton Iswara bersama dua lelaki warganegara Indonesia yang merupakan suspek yang dikehendaki dalam kegiatan membawa pendatang asing tanpa izin keluar dan masuk ke Malaysia melalui kawasan pantai di sekitar Bandar Penawar.

Pada 9.50 malam, sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang membawa beberapa orang pendatang asing tanpa izin telah memasuki kawasan tersebut dan telah menghentikan kenderaan pada jarak 200 meter.

Anggota tinjau telah mengejar dan berjaya menahan dua PATI yang melarikan diri dari kenderaan tersebut.

Pada jam 11.30 malam, pasukan bersama PDRM telah melakukan serbuan ke atas 2 buah rumah di kawasan berkenaan yang dipercayai menjadi tempat perlindungan PATI.

Hasil serbuan tersebut telah berjaya menahan empat PATI sedang bersembunyi di dalam rumah berkenaan.

Tangkapan kedua kira-kira pukul 11.30 pagi, 11 Mac 2021. – Gambar: Ihsan 3 Divisyen

Pada 11.30 pagi, Tim Quick Reaction Force (QRF) telah berjaya menahan 9 lagi PATI yang bersembunyi di kawasan belukar berhampiran lokasi tangkapan pertama.

Jumlah keseluruhan PATI yang ditahan adalah 15 orang terdiri daripada 14 lelaki dan seorang perempuan berusia sekitar 20 hingga 60 tahun bersama dengan dua orang lelaki warga tempatan dipercayai sebagai tekong yang menguruskan PATI keluar dari negara ini secara tidak sah.

Antara yang dirampas adalah dua buah kereta, wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM 69,923.16.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan bagi menjejak kemungkinan saki-baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan