27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ahli kariah MAHDC perlu daftar permohonan solat Jumaat

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

CYBERJAYA – Pengurusan Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields (MAHDC) Sungai Buloh mengalu-alukan penduduk kariah untuk membuat permohonan bagi mengikuti solat Jumaat setiap minggu yang sudah bermula sejak 3 Mac lalu.

Nazir MAHDC, Ahmad Zaidey Shaari berkata. sistem pengurusan pendaftaran ini ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain tidak mengecewakan jemaah yang datang terus ke masjid.

“Pihak pengurusan masjid mengambil kira juga tentang kehadiran jemaah di luar kariah yang bekerja di sektor perniagaan di kawasan kita.

“Ada yang ingin juga bersolat Jumaat di sini, bagi mengelakkan jemaah menunggu dan terpaksa balik akibat kapasiti dah penuh maka pengkhususan pendaftaran awal dilaksanakan bagi melancarkan kemasukan, ” jelasnya semasa berucap sebelum menyampaikan khutbah Jumaat di MAHDC.

MAHDC
Ahmad Zaidey Shaari menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Al-Hidayah Desa Coalfields Sungai Buloh. Foto EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Menurutnya, kapasiti MAHDC untuk solat Jumaat yang diwajibkan mendaftar adalah seramai 300 jemaah manakala untuk solat lima waktu ditetapkan hanya 100 jemaah sahaja.

Advertisements

Tambahnya, pihak pengurusan MAHDC akan membuat hebahan pautan untuk pendaftaran solat Jumaat pada setiap hari Sabtu untuk menunaikan solat pada minggu hadapannya.

Walaupun jumlah kariah penduduk hampir 1,000 orang namun sistem pendafaran secara dalam talian ini diharapkan dapat memberi keadilan kepada keseluruhan kariah dan penduduk.

MAHDC
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields menetapkan 300 jemaah bagi menunaikan solat Jumaat dengan sitem pendaftaran awal dalam talian. Foto EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

“Kami pihak pengurusan membuka pendaftaran setiap minggu dan pautan itu berbeza- beza. Kariah wajib membuat permohonan dan jawapan akan diumumkan pada hari Selasa berikutnya.

“Bagi jemaah yang hadir, saya mengalukan hebahan umum untuk permohonan pendaftaran ini di laman sosial Facebook MAHDC atau di kumpulan WhatsApp MAHDC untuk laporan lanjut,” jelasnya lagi. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan