24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

‘Sugar baby’: Gambaran menakutkan generasi hari ini

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh DR QUTRUNNADA DARWINDA

SAYA lihat banyak hantaran dalam media sosial mengenai sugar baby di Malaysia. Sebahagian daripadanya tertawa dan menjadikannya bahan lawak.

Ya, saya juga tidak ketinggalan dengan berpendapat “buat apa cari sugar daddy, cari terus sugar grandfather mungkin memiliki aset yg lebih.”

Tapi sedarkah kita, perkara ini lebih memberi gambaran yang menakutkan terhadap generasi hari ini.

  • ISU RUMAHTANGGA

Tidak hairanlah ramai para isteri takut dan mempersoalkan kesetiaan suami suami mereka.

Rata-rata lelaki yang berkeluarga memiliki kemampuan lebih dalam aspek pendapatan.

Hakikatnya ramai juga yang mencari atau membantu sugar baby untuk kepuasan dan memenuhi masa lapang sehingga para isteri menjadi khawatir dengan timbulnya banyak kejadian rampasan suami.

  • RUNTUHNYA INSTITUSI KELUARGA

Anak atau pelajar dicorak dari didikan, ajaran agama dan etika yang ada dalam sebuah keluarga.

Baik dan buruknya pekerti dan cara pandang mereka pasti tidak akan jauh daripada bagaimana perlakuan dan keadaan dalam keluarga masing masing.

Melihat keadaan ini membuatkan saya berfikir, apakah mungkin kesibukan ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada keadaan tersebut.

Kurangnya perhatian terhadap keperluan dan masa kepada anak anak membuatkan mereka menginginkan perhatian lain yang tidak hanya mendominasi emosi tapi juga melengkapi keperluan poket mereka.

Jangankan perempuan, saya percaya sugar mommy pun wujud.

Jumlah siswa berdasarkan universiti yang mendaftar untuk menjadi sugar baby di laman sesawang temu janji terbesar Asia, Sugarbook.
  • KEKURANGAN DALAM EKONOMI

Faktor inilah yang paling berat dan benar-benar ketara berdasarkan fakta yang ditunjukkan.

Tidak dinafikan majoriti ibu bapa berusaha keras demi kejayaan pendidikan anak anak.

Tetapi hal yang menjadi fokus utama kepada orang tua selalunya lebih menjurus kepada “bagaimana wang akan cukup untuk membayar yuran pengajian anak anak mereka.”

Harus kita akui, anak-anak yang memasuki dunia kampus mempunyai banyak keperluan lain selain yuran pengajian.

Itu belum termasuk kos sewa rumah bagi mereka yang harus menyewa, makan minum sehari-hari, pengangkutan, yuran sampingan lain, pembelian buku dan fotostat, komputer, telefon.

Baca juga:   PBS ada kuasa penentu, ditawar menjadi 'katak politik'

Itu belum lagi aktiviti lain yang para penuntut universiti inginkan untuk mengisi masa dan melepaskan tekanan – tiket wayang, jalan-jalan dan beriadah, cuti sana-sini bagi yang gemar.

Dalam usia inilah begitu banyak yang mereka ingin cuba.

Bagi perempuan khususnya, keinginan membeli keperluan diri untuk penampilan mereka juga pasti menjadi faktor mengapa ada segelintir yang memerlukan duit poket lebih.

Itu belum lagi mereka yang menjadi ahli kelab gimnasium.

Baca juga:   PKPB berterusan, kolej kemahiran swasta boleh gulung tikar

Kasihan orang tua, bagaimana mereka terpaksa bekerja keras memikirkan keperluan anak-anak ini.

Memang mungkin ramai orang tua yang memiliki sumber pendapatan besar tetapi ramai juga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Apa yang penting dapat membayar keperluan utama anak-anak mereka kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa.

Ijazah kena dapatkan demi kehidupan anak-anak di masa depan. Sedihnya lagi bila sudah tamat belajar, ramai juga yang terpaksa berdepan dengan hutang pengajian, tidak kira bantuan pendidikan mana yang mereka dapat.

Dapat kerja, skim gaji yang ditawarkan pula sama seperti 25 tahun lalu, tidak jauh dari waktu ketika ayah ibu mereka mula bekerja.

Dan putaran itu harus pula ditanggung individu masing-masing selepas berumah tangga.

Ketidaksamarataan ekonomi menjadi kesan kepada aspek sosial generasi muda .

Rasanya sudah tiba waktunya juga pihak berkenaan meneliti keadaan yang terjadi demi menjaga generasi depan kita.

Namun demikian, tidak dinafikan ada juga pelajar universiti yang ambil kesempatan bekerja sambil belajar untuk bantu mereka mendapatkan duit tambahan untuk mengurangkan beban orang tua.

Bersyukur juga anak-anak dari golongan mampu boleh menikmati kehidupan zaman universiti ini. Ada yg rezeki lebih dapat biasiswa penuh melanjutkan pengajian.

Tetapi lebih meyakitkan hati dan sedih, ada ramai juga anak anak yang teringin melanjutkan pengajian tetapi terpaksa menutup hasrat kerana kekangan ekonomi keluarga dan memilih melakukan pekerjaan apa sahaja yang mampu untuk menyara keluarga.

Inilah realiti kehidupan.

  • Penulis adalah pembaca setia Edisi 9. Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Edisi 9.

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

4 laluan utama ke Jalan Bangsar dilencongkan

EMPAT jalan utama menuju ke Bangsar akan dilencongkan susulan tular info berkaitan perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>