24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kecoh! Polis antirusuhan dikerah ke PKRC MAEPS

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kekecohan tercetus di Pusat Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS, Serdang malam tadi ekoran insiden kecurian telefon bimbit melibatkan beberapa pesakit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sepasukan polis antirusuhan (LSF) dihantar ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

Sebelum itu, situasi di PKRC MAEPS Serdang agak panas setelah dua pesakit yang disyaki mencuri empat telefon bimbit ditahan oleh sekumpulan pesakit lain.

Beliau menambah, polis dimaklumkan tentang kejadian itu daripada seorang pengadu yang bertugas sebagai doktor di situ.

“Ketika pengadu (doktor) sedang bertugas di Dewan C PKRC Maeps, telah berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di dewan tersebut.

MAEPS
Seorang lagi suspek diiringi polis antirusuhan keluar dari kawasan kuarantin. – Gambar: Media sosial

“Pengadu kemudiannya telah mengaktifkan kod oren dan meminta bantuan daripada pihak polis bertugas bagi meredakan keadaan.

“Pengadu telah menjalankan temu bual para pesakit mendapati bahawa, berlaku kecurian beberapa buah telefon bimbit dalam kalangan mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Wan Kamarul Azran menambah, dua suspek itu kemudiannya dipindahkan ke Dewan DG sebagai langkah keselamatan.

Selain itu, beliau memberitahu, pengadu turut merampas empat telefon bimbit yang dipercayai dicuri oleh suspek-suspek terbabit.

Tempoh kuarantin seorang suspek berakhir hari ini manakala seorang lain tamat esok.

Advertisements

Mereka seterusnya akan dipindahkan ke lokap polis setelah tempoh kuarantin masing-masing berakhir.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri dalam bangunan dan sekiranya sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Rakaman video tentang kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi itu tular dalam media sosial termasuk Tik Tok dan Facebook.

Kelihatan beberapa anggota polis yang memakai peralatan antirusuhan dan peralatan perlindungan diri (PPE) mengawal keadaan di lokasi kejadian.

Mereka dilihat mengiringi suspek keluar dari tempat kuarantin sambil diiringi sorakan pesakit-pesakit lain.

Kacau juga bila ada yang buat hal di pusat kuarantin sebab pihak berkuasa tak boleh serbu sebarangan.

Kena pakai PPE dahulu sebelum masuk ke lokasi supaya mereka tidak dijangkiti COVID-19.

Mujurlah, keadaan dapat dikawal dengan baik oleh polis dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Harap pesakit-pesakit yang dikuarantin sentiasa menjaga disiplin dan mematuhi undang-undang negara. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan