27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Azizul hampir gantung basikal, cari arah baharu

Mesti Baca

PELUMBA basikal pecut negara, Mohd Azizulhasni Awang mengaku dia hampir sahaja menggantung basikal dan mencari arah baharu selepas terlibat dalam kemalangan dalam satu perlumbaan, 10 tahun lalu.

Ketika itu dia beraksi dalam Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester, England dan kemalangan itu menyebabkan betisnya tertusuk kayu sepanjang kira-kira 20 sentimeter.

Mengimbau kenangan yang tidak dapat dilupakan itu, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, peristiwa itu menyebabkan dia menghadapi pelbagai tekanan baik emosi, fizikal serta terpaksa bergelut untuk kembali ke puncak prestasi.

“Pilihan paling mudah waktu itu adalah untuk gantung basikal dan mencari arah baru.

“Tetapi saya tidak menjadikannya sebagai suatu pilihan buat diri saya. Saya percaya, setiap dugaan, cabaran dan rintangan itu hadir dengan sebuah kemanisan.

“Dan semua itu adalah untuk hamba-Nya yang hebat. Tahukah anda yang setiap dari kita ini adalah hebat.

“Cumanya, tingkatan hebat itu berbeza-beza, bergantung kepada betapa besar ujian yang kita sanggup harungi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Advertisements

Dalam kejadian pada Februari 2011 itu, Azizulhasni terlibat dalam perlanggaran dengan membabitkan tiga pelumba lain dalam kelajuan tinggi di selekoh terakhir.

Dengan serpihan kayu sepanjang kira-kira 20 sentimeter menembusi belakang betis ke tulang keringnya, dia menunggang semula basikal dan membuat henjutan untuk memenangi pingat gangsa sebelum dikejarkan ke hospital untuk pembedahan.

Justeru, dia berpesan kepada semua agar tidak mudah berputus asa dengan kehidupan serta apa juga pekerjaan yang dilakukan.

“Anda berhak merasai kemanisan yang telah ditetapkan untuk anda semua. Pokoknya, sanggup atau tidak kita untuk mengharungi kepayahan itu. Never give up, Never surrender,” katanya.

Semalam, The Pocket Rocketman itu dinobatkan sebagai Raja Pecut Dunia selepas mengungguli ranking dunia acara pecut individu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja...

Lagi Artikel Berkaitan