27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Selangor terkulat, Sumareh disambar JDT

Mesti Baca

IMPIAN The Red Giant membawa pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh ke Shah Alam tidak kesampaian apabila pemain itu disambar Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ini sekali gus mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa Police Tero FC hanya sekadar persinggahan buat pemain berbisa itu.

Hari ini pemain itu diperkenalkan oleh JDT menerusi akaun Facebook rasminya

“Pemandu sila bawa saya ke kelab terbaik di Malaysia,” kata Sumareh dalam video berdurasi 41 saat yang dimuat naik di laman media sosial tersebut.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rancangan Bola@Mamak di Astro Arena bulan lalu memberi bayangan akan membawa Sumareh menyertai Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu.

Kata Tunku Ismail, beliau akan berbincang dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah jika Sumareh mahu kembali ke Liga Malaysia dan menyertai skuad Harimau Selatan.

Selepas meninggalkan Pahang secara mengejut ekoran masalah gaji, Sumareh menyertai kelab Thailand itu selama tiga bulan sebelum kembali ke negara ini.

Advertisements

Namun, sepanjang perpisahan dengan skuad Tok Gajah, beberapa kontroversi timbul termasuk Selangor yang cuba memancing bintang naturalisasi negara itu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Tunku Ismail menerusi perkongsian beberapa keping gambar berkaitan tawaran kontrak dari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Beliau turut memuat naik gambar perbualan Sumareh menerusi aplikasi Whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon mengenai tawar menawar soal gaji.

Sementara itu, Tunku Ismail berkata, JDT akan mengumumkan barisan penuh pemain pasukan itu musim ini dengan tiga pemain ternama akan membarisi setiap posisi.

Kata beliau, JDT juga akan menandatangani kontrak seorang lagi pemain import untuk mengisi bahagian tengah JDT 2.

“Saya nak club ada strong depth in every position. Rotation of ACL, Super League, and Malaysia Cup. For 2022 FA Cup included. Untuk maklumat, Jersey tahun ini “cantik”. Ok bye. Thank You,” kata beliau menerusi ruang komen Facebook rasmi kelab itu.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan