24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

Pemuda Pas kecam tindakan burukkan PM dalam media sosial

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas hari ini mengecam tindakan kelompok yang menggunakan media sosial bagi memburukkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketuanya, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, tidak bersetuju atau menolak mana-mana individu pemimpin adalah hak demokrasi setiap rakyat, termasuk dalam menyuarakan kritikan atau percanggahan.

‘’Tetapi platform dan kaedahnya perlu betul serta dalam had yang wajar tanpa sikap keterlaluan melampau. Sebarang sentimen mesti dibezakan kedudukannya secara berhemah,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kelebihan dan kebebasan menggunakan teknologi maklumat khususnya media sosial perlu dimanfaatkan untuk meninggikan kecekapan dan kemudahan urusan kehidupan seharian, bukannya melampiaskan kemarahan atau kata-kata buruk yang hanya menyerlah keperibadian dan merendahkan nilai diri sendiri.

‘’Menyerang Perdana Menteri dengan pelbagai hamburan kata-kata jelik dalam media sosial rasmi pemimpin atau institusi tertinggi negara dilihat satu tindakan disengajakan. Kebencian dengan merencahkan keburukan serta memarakkan segala ketidakpuasan hati ternyata diapi-apikan secara berlebihan,’’ katanya.

Baca juga:   520,000 kotak rokok 'John' tiruan dirampas

Beliau menegaskan, golongan pembenci seperti ini hanyalah mereka yang mementingkan diri dan mempunyai motif, sebab itu tidak tahu meletakkan kritikan di tempatnya, sedangkan kesopanan dan kesusilaan adalah Rukun Negara yang menunjukkan salah satu penghormatan dan ciri sepatutnya ada pada rakyat Malaysia.

‘’Harus dimalukan, apabila mereka tidak tahu membataskan jari jemari sendiri hingga menampakkan tiadanya Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang juga satu dari Rukun Negara.

Baca juga:   Husam beri isyarat keruntuhan Tun Mahathir

‘’Kerana itu tidak pelik perkara sama dibawa hingga ke platform pemimpin negara lain yang ketara menunjukkan rasa tidak hormat kepada sesiapa sahaja,” katanya

Khairil Nizam menegaskan, dalam soal darurat Perdana Menteri telah bertindak berasaskan undang-undang dan segala keputusan adalah secara kolektif yang bukannya peribadi apatah lagi untuk dituduh diktator.

”Malah, ia mendapat pengesahan atau diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaku payung dan pemerintah tertinggi serta kedaulatan negara,’’ tegasnya.

Justeru itu kata beliau, perbuatan memburukkan Perdana Menteri selaku pemimpin utama pentadbiran negara, serta membangkitkan unsur menentang perkenan diterimanya bermakna merendahkan kedaulatan negara, apatah lagi hal tersebut dilakukan terbuka dan diheret hingga ke pihak luar yang boleh menjejaskan nama negara.

‘’Dalam situasi yang sedang melingkari seluruh negara dan dunia akibat pandemik COVID-19 di mana negara telah diisytiharkan di bawah Proklamasi Darurat, tidak harus setiap perkara mahu dilihat sempurna. Keutamaan kita bersama adalah memastikan keselamatan dan kebajikan setiap pihak disantuni dengan sebaiknya,’’ katanya.

Baca juga:   Pemuda UMNO kemuka lima cadangan perbaiki skim i-Citra

Terkini

Persatuan veteran komando terima sumbangan van jenazah

SUNGAI PETANI - Hasrat Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged, Kem Sungai Layar, di sini untuk memiliki van jenazah...

Lagi Artikel Berkaitan