25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

283 murid terima kurniaan bantuan daripada Sultan Johor

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Sebanyak 283 murid berbilang kaum dari sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) daerah ini menerima kurniaan bantuan makanan dan sumbangan peribadi daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Bantuan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan kepada SJKC Foon Yew 3, Taman Dato Onn; SJKC Pei Chih, Taman Desa Cemerlang serta SJKC Tiram, Ulu Tiram dekat sini.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Datuk David Wong dengan diiringi Ketua Penyelarasnya, Desmond Lee serta sukarelawan YSIJ kepada guru-guru besar sekolah terbabit sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengetua SJK Pei Chih, Ong Lee Peng mewakili guru-guru dan murid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada baginda atas kurniaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu.

“Saya mewakili ibu bapa para pelajar amat berterima kasih kepada Sultan Johor di atas kurniaan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Bantuan ini amat bermakna kepada mereka,” katanya seperti dilapor oleh Royal Press Office (RPO).

Baca juga:   Sukma 2022: Sultan Johor ucap tahniah

Sebelum ini kurniaan serupa diberikan kepada beberapa lagi SJKC dalam daerah ini iaitu SJKC Johor Jaya, SJKC Foon Yew 2 dan SJKC Pei Hwa.

Bulan lalu Sultan Johor berkenan mengurniakan makanan kepada 320 keluarga yang memerlukan di Endau sempena sambutan perayaan kaum Tionghua itu. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Terowong SMART ditutup, susulan hujan lebat

Terkini

Wanita disyaki curi wang dan barang kemas suami ditangkap

SEORANG wanita diberkas polis kerana disyaki mencuri wang tunai dan barangan kemas milik suami dan mentuanya bernilai lebih setengah...

Lagi Artikel Berkaitan