26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Pejuang tidak akan sertai PRU-15 guna lambang Bebas – Mukhriz

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum lagi diluluskan pendaftaran sudah memasang impian untuk ikut serta dalam Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU-15).

Malah parti itu sedia untuk bertanding atas platform lain sekiranya pendaftaran parti itu tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), namun bertanding atas tiket bebas tidak sama sekali.

Presiden penaja Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagaimana berkata, beliau tidak dapat mendedahkan lambang dan platform mana yang akan diguna parti itu sekiranya pendafataran Pejuang menghadapi masalah.

“Ada beberapa alternatif yang kita sudah rancang sekiranya ROS tidak meluluskan pendaftaran Pejuang. Kita tidak berhasrat untuk menyertai PRU-15 secara bebas. Kita mesti ada lambang dan platform.

“Tapi apa lambang dan platform yang akan kita gunakan tidak boleh diumumkan lagi, kena tunggu dululah,” katanya dalam sidang media maya melalui aplikasi Zoom hari ini.

Sidang akhbar itu bagi mengumumkan barisan kepimpinan parti Pejuang itu turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook parti berkenaan.

Bulan lalu, Timbalan Presiden penaja Pejuang, Datuk Marzuki Yahya membayangkan parti itu mempertimbangkan untuk menggunakan lambang dan bendera parti Amanah sebagai alternatif jika pendaftaran Pejuang tidak diluluskan.

Baca juga:   KDN siasat ketulenan rakaman mirip suara 2 pemimpin

Memetik laporan Malaysia Kini, Marzuki bagaimana pun berkata, itu hanyalah cadangan awal dan pihaknya belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan Amanah.

“Sekarang fokus kami adalah mendaftarkan Pejuang… dan ini (cadangan guna logo Amanah) adalah jika ada pilihan raya (sebelum kami dapat mendaftar Pejuang),” kata Marzuki seperti dipetik portal berita tersebut.

Baca juga:   Mengenang Cikgu Majid, pemergian yang dirasai

Mengulas mengenai status pendaftaran Pejuang, bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, pihaknya akan terus berurusan dengan ROS untuk memahami apa lagi yang diperlukan agar partinya dapat diluluskan.

Jelas beliau, pihaknya sudah mendapat maklumat daripada ROS beberapa minggu lepas memaklumkan proses pendaftaran Pejuang sudah sampai ke Bahagian Dasar Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kami juga sudah mendapat maklum balas daripada Bahagian Dasar KDN yang meminta kami meminda tiga perkara dalam draf perlembagaan parti dan itu pun kami sudah buat dan dikembalikan kepada pihak berkenaan.

“Sepatutnya tidak ada apa lagi yang melambatkan pendaftaran Pejuang,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Mayat seorang makanik ditemukan sudah reput

SUNGAI PETANI - Mayat seorang lelaki ditemukan sudah reput dan berbau dalam keadaan terlentang atas katil bilik utama rumahnya...

Lagi Artikel Berkaitan