25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Jangan tunggang tradisi raih sokongan, netizen tempelak Hannah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Hannah Yeoh ditempelak netizen berikutan tindakannya mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan kerajaan untuk sambutan Tahun Baharu Cina.

Ahli Parlimen Segambut itu tidak puas hati kerana majlis makan besar keluarga hanya dibenarkan untuk mereka yang berada di dalam rumah yang sama sahaja.

Maknanya, ahli-ahli keluarga yang tinggal berjauhan tidak dapat makan besar bersama orang tua mereka.

hannah
Gambar: Tangkap layar FB Danny Liew

Walau bagaimanapun, seperti yang dijelaskan oleh pemilik akaun Facebook yang bernama Danny Liew, kita semua perlu membuat pengorbanan dalam perang melawan COVID-19.

“Jadi, jangan menunggang tradisi sebagai satu cara meraih sokongan dan menyaksikan kita semua dihapuskan oleh wabak ini,” katanya.

Dia menambah, kedua-dua orangnya juga sudah berusia.

Danny berkata, walau pun ibu bapanya sangat teringin untuk melihat anak-anak dan cucu-cucu, mereka memahami bahaya yang timbul akibat daripada berkumpul beramai-ramai, lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik sekarang.

“Malah, bapa saya, yang belum berpeluang memegang anak bongsu saya, cucu perempuannya yang pertama, yang dilahirkan dalam situasi pandemik ini, dia melarang kami daripada balik ke Sarawak.

Baca juga:   Hannah mengadap TMJ, bincang pembangunan sukan negara

“Walaupun kami sebagai anak-anak mempunyai tanggungjawab terhadap ayah dan ibu kami, dia mengingatkan kami bahawa kami ada tanggungujawab kepada masyarakat, iaitu tidak menjadi punca yang membawa virus pulang ke rumah secara tidak sengaja,” jelasnya.

Hannah dalam ciapan Twitter kelmarin menyatakan, bagi kaum Cina yang berusia, majlis makan besar keluarga sempena Tahun Baharu Cina adalah amat penting, lebih besar daripada majlis-majlis yang lain.

Baca juga:   PM umum berita gembira buat penjawat awam, ibu bapa

“Sebahagian daripada mereka menunggu selama 365 hari semata-mata untuk melihat anak-anak mereka pulang ke rumah pada hari itu untuk makan bersama.

“Tidak ramai yang sanggup mengetepikan majlis makan besar keluarga disebabkan oleh kepentingannya kepada ibu bapa mereka,” katanya.

MKN
Gambar: FB Majlis Keselamatan Negara

Baru-baru ini, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan bahawa jamuan makan besar keluarga di rumah kediaman hanya dibenarkan untuk seisi keluarga dalam rumah yang sama sahaja.

Pada masa yang sama, pergerakan rentas negeri masih dilarang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, SOP sambutan Tahun Baharu Cina adalah sama dengan perayaan yang lain. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan