29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

EZ Qurban, YEZP anjur Program Prihatin Ummah di Haramain

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

CYBERJAYA – Peneraju korban dan akikah yang diiktiraf dengan persijilan ISO 9001, EZ Qurban Sdn Bhd bekerjasama dengan Yayasan EZ Prihatin (YEZP) bagi melaksanakan Program Prihatin Ummah (PPU) 2021 di Haramain dalam bulan Ramadan ini.

Program yang julung-julung kali diadakan di sana itu bertujuan memberi pulangan berganda kepada para peserta yang ingin merebut peluang melakukan ibadah akikah di sana.

PPU yang dilaksanakan bagi tahun ke-12 ini agak mencabar berikutan pandemik COVID- 19 yang masih membelenggu aktiviti harian.

Program yang disasarkan semasa majlis berbuka puasa itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan akikah para peserta yang telah mendaftar bermula 12 Februari lalu (1 Rejab).

Masih belum terlewat untuk mendaftar kerana penyertaan masih dibuka sehingga 9 Mei ini bersamaan dengan 27 Ramadan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban, Ahmad Fadzlullah Hasanuddin. PPU 2021 kali ini adalah cukup berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

“Ada dua perbezaan untuk PPU 2021 ini. Pertama, cara melaksanakannya dalam era COVID-19.

Advertisements

“Kedua, ia dirancang untuk dilaksanakan di Haramain terutamanya bagi golongan yang terjejas di sana,” jelas beliau ketika dihubungi Edisi 9 pagi tadi.

EZ Qurban
Ibu Pejabat EZ Qurban Sdn Bhd di Batu Caves Centre Point, Gombak.

Jelas beliau lagi, PPU 2021 turut dilaksanakan di 13 negara yang mempunyai ramai umat Islam selepas mendapat pengesahan dan persetujuan daripada wakil-wakil pelaksanaan di sana.

Selain akikah Haramain, Pek Prihatin Ummah turut dilancarkan bagi individu yang ingin menyumbang juadah berbuka puasa di sana dengan harga serendah RM25 untuk sebuah keluarga.

Pek Prihatin Ummah merupakan pek makanan yang didatangkan sekali bersama daging akikah sumbangan para peserta EZ Qurban yang akan dihidangkan untuk juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan nanti.

Tambahnya, Pek Prihatin Ummah diagihkan dengan kerjasama YEZP di dalam dan luar negara sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh melayari laman sesawang EZ Qurban di www.ezqurban.org atau menghubungi talian 03-61861911 / 013-2386000. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan