28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Perpaduan aspek utama keharmonian Bangsa Johor (Bahagian 1 & 2)

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

FAKTA MENARIK – SEJARAH NEGERI JOHOR (Bahagian 1)

Sejak bermulanya era Kesultanan Johor Moden, semangat perpaduan menjadi nadi penting di dalam negeri Johor.

Tidak menghairankan apabila Sultan Sir Abu Bakar meletakkan kepentingan itu di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan.

Perpaduan tanpa mengira suku kaum di negeri Johor semakin sinonim sehingga Sultan Sir Ibrahim memperkenankan istilah Bangsa Johor sebagai simbolik keharmonian permuafakatan rakyat Johor.

Perpindahan pusat pentadbiran Kerajaan Johor Moden dari Teluk Belanga ke Iskandar Puteri dan kemudiannya dinamakan Johor Bahru memulakan detik corak kehidupan berbilang kaum yang lebih teratur.

Walaupun Kesultanan Johor merupakan sebuah kerajaan Melayu, pemerintah negeri Johor ketika itu mahu negeri ini dibangunkan bersama-sama dengan kaum lain yang berhijrah dari pelbagai tempat asal mereka.

Ia jelas menunjukkan bahawa keharmonian semua kaum di bawah pemerintahan Kesultanan Johor merupakan aspek penting dalam memacu kemajuan negeri Johor.

Allah Peliharakan Sultan.

perpaduan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sentiasa mencemar duli beramah mesra dengan rakyat jelata yang berbilang kaum. Gambar: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

FAKTA MENARIK – SEJARAH NEGERI JOHOR (Bahagian 2)

Kesultanan Johor sejak dahulu menjadi simbol perpaduan dan penyatuan Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Selain pembinaan masjid-masjid, Sultan Sir Ibrahim berkenan mengurniakan tanah bagi pembinaan rumah ibadat Cina, kuil Hindu serta Sikh dan gereja, malah ia berada dalam jarak yang dekat antara satu dengan lain.

Selain itu, sistem kangchu telah diperkenalkan kerajaan Johor kepada pengusaha tanaman gambir dan lada hitam yang terdiri dari kaum Cina.

Ia merupakan sistem efisien yang pertama seumpamanya di Tanah Melayu.

Tanaman-tanaman lain seperti kopi dan getah turut menjadi faktor penghijrahan pekerja ladang dari Ceylon ke Johor.

Kaum India pula menyumbang kepada limpahan tenaga kerja yang diperlukan ketika Johor mula meluaskan sektor perladangan.

Kepelbagaian praktis agama serta budaya kehidupan oleh kaum-kaum yang menetap di Johor juga diberi penekanan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Allah Peliharakan Sultan.

Sumber: Laman Facebook Johor Southern Tigers

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan