26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

SKMM bertindak jika aplikasi Sugarbook langgar undang-undang

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)) memberi amaran akan terus memantau dan menyiasat bersama polis aplikasi Sugarbook serta akan mengambil tindakan terhadap pengguna serta pemilik platform itu jika didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat SKMM berkata, jika terdapat unsur kegiatan pelacuran, tindakan lanjut akan dijalankan oleh PDRM.

‘’SKMM mengambil berat dengan gimik pemasaran lama cari teman Sugarbook baru-baru ini yang mendakwa semakin ramai wanita Malaysia terutamanya penuntut universiti, menawarkan diri sebagai Sugar Baby di lama aplikasi tersebut.

“Dakwaan seperti yang terdapat dalam gimik pemasaran itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati untuk tujuan yang berlainan termasuk bagi memperdaya mangsa,” kata kenyataan itu.

SKMM juga mendapati selain daripada Sugarbook, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan temu janji dalam talian.

Justeru kata SKMM, pengguna perlu sedar bahawa mereka mudah tertipu dan terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.

Advertisements

“Risiko scam percintaan akan bertambah dengan terdedah juga kepada malware dan spyware, kebocoran maklumat peribadi dan gangguan seksual,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itum SKMM menasihatkan pengguna aplikasi internet sentiasa berhati-hati memberikan maklumat peribadi ketika melayari media sosial atau aplikasi dalam talian, terutamanya untuk berhubung dengan orang yang tidak dikenali, contohnya di laman pencarian teman.

Selain itu, suruhanjaya tersebut, turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa mengawasi tingkah laku dalam talian anak di bawah jagaan masing –masing dan peka dengan perubahan gaya hidup yang boleh menimbulkan keraguan.

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi menyifatkan , jumlah ‘Sugar Daddy yang dikaitkan dengan pelajar universiti tempatan sebenarnya sangat meragukan.

Sebagai contoh, Universiti Sunway hanya mempunyai 7,000 pelajar sahaja tetapi mengikut data dikelurakan pihak berkenaan terdapat lebih 3,000 penuntut IPT itu libat dengan ‘sugar baby’.

Selain itu, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Pro.Datuk Dr. Hussaini Omr berkata, pada 10 Februari lalu, UiTM juga membuat laporan polis bagi menafikan laporan pihak berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan