23.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Daim kata SOP berubah-ubah, ‘Semua Orang Pening’

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin menganggap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak berfungsi dengan cekap, ‘terumbang ambing’ mentadbir negara ketika menghadapi wabak Covid-19.

Katanya, keadaan dan masalah diburukkan lagi apabila setiap kementerian bergera secara bersendirian.

“Rakyat masih belum nampak walau satu contoh pun usaha sama membabitkan pelbagai kementerian dalam memerangi wabak ini – selain kehadiran anggota tentera di sekatan jalanraya,” katanya dalam wawancara bersama portal Free Malaysia Today (FMT).

Sambil memberi contoh isu sambungan internet dan pembelajaran muri dari rumah, bekas Menteri Kewangan itu turut mempersoalkan ketiadaan penyelarasan gerak kerja pentadbiran PN dalam menangani pandemik tersebut.

“Mengapa kementerian dan agensi komunikasi dan multimedia tidak duduk bersama Kementerian Pendidikan mencari jalan menyelesaikan masalah sambungan internet untuk pelajar yang dipaksa belajar dalam talian? Pelajar merasakan mereka diabaikan oleh kerajaaan, sesungguhnya mereka berhak berasa demikian,” katanya.

Menurut Daim, pengumuman Perdana Menteri dan menteri tidak menimbulkan keyakinan rakyat yang merasa terabai.

Baca juga:   TH sedia perkhidmatan kesihatan, doktor pakar di Madinah

“Orang ramai sudah tidak melekat di depan kaca TV untuk mengikuti sidang media setiap petang. Tidak siapa yang ambil tahu mengenai SOP yang kerap berubah, mahupun angka jangkitan atau nama kluster yang tidak membantu (keadaan mereka),” katanya.

Baca juga:   25 pesakit COVID-19 maut, jumlah tertinggi setakat ini

Ramai anggota Kabinet PN, kata Daim belum memberitahu usaha membantu rakyat yang dibuat kementerian masing-masing.
Katanya lagi, segelintir menteri yang tampil bersuara pula hanya menambahkan kekeliruan dan memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman mereka.

“Rakyat berkata mereka keliru, tidak jelas sehingga SOP yang berubah-ubah membawa erti ‘Semua Orang Pening’,” katanya.

Daim yang juga bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan era pentadbiran PH berkata keputusan-keputusan kerajaan PN sehingga kini “tidak masuk akal kerana ia dibuat bukan berpandukan sains.”

Beliau merujuk perintah pengecualian kuarantin tiga hari untuk menteri yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba.

“Di mana penjelasan atau sokongan saintifiknya untuk buat keputusan seperti itu? Apa yang rakyat nampak ialah penguatkuasaan undang udang dua darjat – lain untuk rakyat lain untuk orang berkedudukan tinggi. Virus tidak kira itu semua – kerana ia tidak mendiskriminasi sama ada seseorang itu menteri atau bukan,” jelasnya lagi.

Daim mengingatkan perlu ada dasar yang betul untuk menangani wabak Covid-19 dan ekonomi yang bertambah baik akan menyusul.

“Kalau dasar wabak salah, ekonomi akan sengsara dan tidak akan pulih,” katanya.

Baca juga:   Selangor catat 1,491 kes tertinggi Covid-19

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan