26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PAGU desak SKMM segera haramkan Sugarbook

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa bertindak pantas untuk memberhentikan isu yang ditimbulkan oleh Sugarbook dengan menyekat penggunaan aplikasi temu janji itu di negara ini.

Presiden Persatuan Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Universiti Teknologi MARA (PAGU), Mohd Sabaruddin Daud berkata, langkah segera perlu diambil segera bagi mencegah gejala maksiat daripada terus membarah.

Menurut beliau, tindakan pantas itu merupakan langkah pertama untuk membendung aktiviti tidak bermoral dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum langkah seterusnya diambil seperti tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kanun Keseksaan dan enakmen-enakmen undang-undang syariah di bawah bidang kuasa jabatan agama Islam negeri.

pantas
MOHD SABARUDDIN DAUD

“PAGU berpendapat bahawa portal ini perlulah diberhentikan daripada terus mempromosikan aktiviti yang jelas bertentangan dengan panduan hukum Islam serta norma kesopanan dan kesusilaan rakyat Malaysia dengan kadar segera memandangkan ianya telah terlalu lama dibiarkan beroperasi dan mendapat liputan media di Malaysia.

“Bermula Disember 2019, portal berkenaan mendapat liputan percuma dengan isu papan iklan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Terbaharu, pemilik portal berkenaan sekali lagi menggemparkan rakyat Malaysia menerusi satu statistik yang memperincikan bilangan pelanggan applikasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Sabaruddin menambah, PAGU melihat pendedahan berkenaan perincian pelanggan applikasi dan dakwaan bahawa terdapat 14,000 orang pelajar universiti terlibat adalah strategi licik pemilik portal miskin moral berkenaan untuk mendapatkan lebih perhatian sekali gus mempromosikan perniagaannya terutamanya kepada lelaki hidung belang.

Beliau memberitahu, PAGU juga tidak menolak kemungkinan terdapat cubaan untuk memburukkan imej institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk dua buah universiti awam (UA) menerusi manipulasi data dalam pendedahan berkenaan.

Advertisements

“Maka seharusnya pihak berkuasa melakukan penyiasatan terperinci berkenaan perihal ini,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Mohd Sabaruddin berkata, menyedari latar ekonomi semasa yang kian meruncing rentetan pandemik COVID-19, PAGU juga tidak menolak kemungkinan bahawa ada rakyat Malaysia yang dihimpit kesusahan tidak kira golongan pelajar universiti ataupun tidak untuk terjerumus ke dalam kancah maksiat dan dieksploitasi pemilik perniagaan dan pemangsa tidak bermoral.

“Justeru, PAGU menyeru semua pihak bermula individu, institusi kekeluargaan, ahli masyarakat dan pihak berwajib untuk sama-sama berganding bahu membimbing dan membantu golongan tidak bernasib baik ini,” katanya.

Menurut beliau, PAGU yakin pihak kerajaan Malaysia akan mengambil langkah pantas lagi berkesan dengan mengharam serta menyekat terus portal promosi pelacuran ini dan juga menjuarai isu sosial dan ekonomi yang terkait.

“PAGU semestinya komited untuk turut sama membantu membanteras isu berkenaan portal ini dan juga hal-hal huluan dan hiliran yang lain,” ujarnya.

Mohd Sabaruddin memberitahu, PAGU yang mengikuti dengan rapat beberapa siri berita berkaitan sebuah portal yang mempromosikan aktiviti pelacuran pada mulanya memilih untuk melakukan usaha ke arah pembanterasan aktiviti tidak bermoral itu di belakang tabir untuk tidak memberikan lebih liputan percuma kepada portal berkenaan.

“Namun, menyedari saban hari isu berkenaan semakin hangat diperkatakan, PAGU terpanggil untuk membuat kenyataan terbuka berkenaannya,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan