28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Din Ayub berkokok kesiangan, reban PAN tunggang-langgang

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh WAK TOTOK

SEMENJAK dua menjak ni Wak tengok Salahuddin Ayub besar kecik, besar kecik aje.

Menyirap darah pendekar Wak bila tengok dia selamba hentam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sebab kes positif COVID-19 meloncat lebih 5,000.

Boleh pulak Din Ayub mintak Dr Adham letak jawatan. Memang takde kelas langsunglah si Din ni.

Patutnya dia suruh Dr Dzulkefly Ahmad berhenti dari jadi Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor.

Tengoklah statistik kes COVID-19 sekarang, dah banyak hari Selangor jadi negeri nombor satu.

Masuk hari ni, Selangor dah menyumbangkan sebanyak 69,296 kes positif. Paling tinggi di Malaysia.

Apa yang Dr Dzulkefly buat selama ni? Din Ayub segan nak tegur ke?

Maklumlah sama-sama rakan seperjuangan dalam PAN yang dah semakin tunggang-langgang.

Bercakap pasal tunggang-langgang ni, teringat pulak Wak tentang kecoh puak-puak PAN di Negeri Sembilan berebut jawatan.

Bukan besar sangat jawatan tu pun, setakat Penyelaras DUN Kota aje. Tapi riuh macam ayam hilang telur sebiji.

Dari cerita kedai kopi yang Wak dengar, Sahrizal ni takdelah bagus mana buat kerja pun.

Belum pun cukup sebulan penyelaras yang baru dilantik, dah ada suara-suara yang membantah.

Baca juga:   Jangan terlalu akur tuntutan melemahkan UMNO

Cerita ni bukan Wak saja buat-buat. Kalau tak percaya boleh baca sendiri kenyataan rasmi Ketua PAN Kawasan Rembau, Norwani Ahmat yang bertarikh 30 Januari 2021.

Baca juga:   Tanggungjawab pemimpin Pas tak lagi terikat pada penyokong

Dalam surat tu, terang-terang Norwani cakap PAN Kawasan Rembau menolak pelantikan Muhammad Aliff Ibrahim sebagai Penyelaras DUN Kota.

Mereka nak penyelaras yang lama, Sahrizal Masrudin yang kalah bertanding di DUN Kota pada PRU-14 dikekalkan.

Din Ayub

Banyak isu-isu masyarakat di DUN Kota yang tak dapat selesai walaupun Penyelaras DUN Kota ni macam ADUN bayangan wakil MB PH, Wak Min.

Dah jadi kerajaan negeri pun tak boleh selesaikan masalah rakyat, memang patutlah kena tukar dengan yang baru.

Satu lagi Wak pelik, Muhammad Aliff ni Timbalan Ketua Pemuda PAN Negeri Sembilan merangkap Ketua Pemuda PAN Rembau.

Patutnya PAN Kawasan Rembau berbanggalah bila anak muda dari kawasannya sendiri dilantik jadi Penyelaras DUN Kota.

Amanah
Kesian Muhammad Aliff. Lantikan ditolak Ketua PAN Kawasan sendiri.

Apakah ada yang tak ngam dalam PAN Kawasan Rembau? Wak pun tak tau apa yang dah jadi.

Belum cukup sepenggal rejim PH berkuasa di Negeri Sembilan, sudah kecoh gaduh rebut jawatan.

Sebab tu Wak nasihatkan Din Ayub tak payahlah sibuk-sibuk jaga tepi kain orang. Kain PAN sendiri koyak berlubang-lubang.

Turun padang selesaikan masalah ni dulu. Kalau tak dapat selesai, eloklah Din Ayub letak jawatan.

Buat malu PAN aje bila Timbalan Presiden berkokok di siang hari tetapi reban sendiri hampir roboh sebab ayam-ayam lain bergasak sebab nak rebut dedak.

  • Wak Totok ialah seorang pemerhati politik semasa yang teguh memperjuangkan alif, ba, ta sejak dulu kini dan selama-lamanya.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Baca juga:   Seronok boleh makan di restoran mamak tapi jangan lupa SOP
Baca juga:   Banjir: NS lulus RM39.6 juta baik pulih jalan, jambatan

Terkini

Isytihar BN musuh utama serlah ketidaksepakatan PN?

RAMAI yang agak terkejut dengan tindakan Muhyiddin Yassin mengumumkan secara terbuka bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan