36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hasrat bina sekolah tertangguh, UEL tidak dibenar beri bantuan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Walaupun kecewa, ribuan warganet yang menjadi pengikut Facebook Ustaz Ebit Lew (UEL) meminta pendakwah bebas itu tidak patah semangat selepas tidak dibenarkan menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kepulauan timur Sabah.

Daripada 2 juta pengikut akaun rasmi Facebook beliau, lebih 6,000 komen yang diterima selepas hampir sejam hantaran dibuat, rata-rata mahukan agar Ebit tidak berputus asa dan terus bersyukur kerana dapat membantu mereka yang memerlukan setakat ini.

Ebit dalam hantaran terbarunya dalam media sosial itu berkata, hasratnya mahu membina tiga buah sekolah agama di pulau-pulau terbabit tertangguh apabila beliau diminta untuk menghentikan pemberian bantuan kepada penduduk terbabit.

Beliau yang sebelum ini berkobar-kobar untuk memenuhi harapan masyarakat di pulau-pulau terbabit selepas berjaya mengislamkan lebih 500 penduduknya berkata, jika tidak dihentikan beliau berdepan hukuman denda RM100,000 atau penjara 3 tahun.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

Ustaz Ebit Lew dikawal ketat oleh anggota keselamatan sepanjang berada di pulau-pulau di Semporna, Sabah. – Foto FB Ebit Lew

Bagaimanapun Ebit yang juga ahli perniagaan tidak mendedahkan pihak-pihak yang memberi amaran tersebut kepada beliau.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna, minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda RM100,000 atau penjara 3 tahun,” katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Ebit berkata, beliau terpaksa menangguhkan pembinaan sekolath ekcil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang dirancang berikutan amaran yang diterima itu.

Jelas beliau, sekolah yang akan dibina iru sebenarkan bukanlah sekolah pendidikan formal tetapi lebih keada pusat aktiviti dan pendidikan bagi masyarakat terbabit mendalami agama Islam.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.

“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan,” katanya.

Larangan itu dipercayai kerana pulau-pulau yang menerima bantuan Ebit itu didiami oleh masyarakat Bajau Laut yang dikatakan tidak mempunyai negara dan merupakan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan