26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

Caj hantar laksam sebungkus sehingga RM27, naik limosin ke?

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

CYBERJAYA – Seorang pelanggan terkejut mendapati kos penghantaran yang dikenakan untuk sebungkus laksam yang ditempah sehingga RM27.

Pelanggan terbabit yang enggan dikenali berkata, dia amat terkejut apabila diberitahu perlu membayar sebanyak RM34.50 walhal harga laksam hanya RM7.50 sebungkus.

Apa yang menghairankan, katanya, penghantaran itu dibuat dalam Kuala Lumpur sahaja dan bukannya sehingga merentas negeri.

“Aku rasa mcm nak hempuk peniaga Melayu ni. Laksam sebungkus RM7.50 caj COD RM27.00. Total kena bayar RM34.50.

“Bila tanya hantar naik apa? Jawab bawa motor. Kau COD dari Melaka ke KL (Kuala Lumpur) ke sampai kau nak caj RM27.00?,” katanya menerusi Facebooknya.

Wanita tersebut bertanya dengan penghantar laksam tersebut apakah dia mengunakan perkhidmatan limosin atau menghantar dari Melaka sehingga caj penghantaran begitu tinggi.

Advertisements

“Aku ingat naik limousin. Laksam kayangan ke yang sampai COD macam tu punya mahal,” gerutunya.

Ekoran tersebut, dia telah membatalkan tempahannya dan terpaksa menahan diri untuk menikmati masakan Pantai Timur itu.

“Tak payah, cancel (tak jadi). Cekik darah nak mampus! Macam mana nak maju tekan pelanggan macam tu,” marahnya.

Katanya, pada mulanya dia menyangka salah dengar tetapi beberapa ditanya kepada penghantar tersebut jawapannya sama.

“Betul bang, ingatkan aku salah dengar, tapi aku ulang soalan sama sampai tiga kali memang kos penghantarannya sebanyak itu,” katanya kepada Edisi 9.

Bagaimanapun wanita terbabit tidak mendedahkan nama kedai laksam tersebut mahupun lokasi namun berkata, laksamnya terkenal kerana sering keluar TV dan menaja makan untuk artis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan