36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Slot tambahan untuk calon SPM 2020 dalam DidikTV@NTV

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia menambah slot program TV Pendidikan menerusi saluran DidikTV@NTV7 khusus untuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mulai esok.

Slot tambahan TV Pendidikan itu akan memberi fokus kepada subjek-subjek bagi membantu calom SPM 2020 membuat persediaan menjelang peperiksaan sebenar yang akan diadakan mulai 22 Februari ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, slot tambahan tersebut melibatkan dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 3 petang sehingga 5 petang di saluran NTV7.

“KPM juga telah menambah lima jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 5 petang,” kata kenyataan kementerian petang ini.

Kenyataan itu berkata, penambahan slot tersebut menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan meningkat kepada 11 jam setiap hari yang disiarkan menerusi TV Okey, Astro Tutor dan DidikTV@NTV7.

Katanya, jadual rancangan boleh diperoleh dengan melayari portal www.moe.gov.my atau menerusi media sosial rasmi kementerian iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

“KPM yakin program TV Pendidikan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berkesan,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan