25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pusat kuarantin COVID-19 sesak? Ini penyelesaiannya

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai perniagaan hotel disarankan supaya membantu usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan membenarkan premis mereka digunakan sebagai pusat kuarantin.

Cadangan itu diutarakan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar turut mencadangkan supaya kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kosong diubah suai sebagai pusat kuarantin pesakit COVID-19.

pusat kuarantin
MUSTAFFA SHAH ABDUL HAMID

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Saban hari, rakyat Malaysia dimaklumkan mengenai perkembangan terkini mengenai pandemik COVID-19 serta jumlah pesakit yang kian bertambah dan membimbangkan.

Dengan peningkatan jumlah pesakit ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menghadapi situasi yang mana bilangan katil bagi pusat-pusat kuarantin semakin terhad.

Disebabkan hal demikian, KKM juga telah menetapkan bahawa pesakit COVID-19 tahap satu dan dua, hanya perlu menjalani rawatan serta kuarantin kendiri di premis sendiri atau rumah sahaja.

Bagaimanapun pada pengamatan saya, apabila pesakit COVID-19 menjalani kuarantin di rumah, ianya berkemungkinan merbahayakan kesihatan kepada isi rumah yang lain dan ditambah lagi dengan persepsi masyarakat yang agak skeptikal terhadap individu yang sedang dikuarantin ini.

Sekiranya individu ini menjalani kuarantin di rumah, mereka berkemungkinan juga kurang mendapat pemantauan dari pihak berwajib, tidak sama seperti di pusat-pusat kuarantin yang mana KKM senantiasa mengambil maklum keadaan semasa mereka secara bersemuka.

Advertisements

Maklum balas kesihatan harian individu yang dikuarantin di rumah menerusi aplikasi MySejahtera kemungkinan juga tidak tepat kerana pesakit bimbang akan dibawa ke hospital.

Di sini saya ingin mencadangkan agar syarikat-syarikat milik kerajaan yang mempunyai perniagaan hotel, turut sama membantu kerajaan ketika ini dengan membenarkan premis mereka digunakan dan dijadikan sebagai pusat kuarantin bagi menampung lambakan pesakit COVID-19 semasa.

Kos untuk mendiami hotel ini, dicadangkan ditanggung oleh mana-mana pesakit yang berkemampuan seperti mana proses kuarantin individu dari luar negara ke Malaysia.

Begitu juga sekiranya pihak swasta yang ingin turut melibatkan diri menaja mana-mana hotel bajet untuk tujuan yang sama dan dicadangkan untuk dikecualikan cukai tahunan sebagai timbal balik atas komitmen membantu kerajaan memerangi pandemik ini.

Ia secara tidak langsung dapat membantu perniagaan hotel yang terjejas kini.

Disamping itu, kerajaan juga wajar mengkaji semula mana-mana premis kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini kosong tidak digunakan langsung.

Sekiranya fasiliti ini diguna pakai kelak, ia sedikit sebanyak akan membantu kerajaan menangani lambakan suspek pesakit COVID-19 di seluruh negara dan menjimatkan kos untuk mewujudkan pusat-pusat kuarantin baharu bagi tujuan tersebut.

Semoga usaha bersama kita melawan pandemik COVID-19 ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi menghadapi situasi yang sukar ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan