24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sindiket penipuan tawar pinjaman tak wujud

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sindiket penipuan atau scammer semakin licik memperdayakan orang ramai dengan menggunakan modus operadi mengiklankan tawaran pinjaman tak wujud.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Willey Richard berkata, sindiket terbabit berselindung di sebalik pelbagai nama syarikat pinjaman kewangan yang tidak wujud atau tidak mempunyai lesen pemberi pinjaman wang daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Antara medium yang digunakan adalah Facebook, WhatsApp, WeChat, iklan dalam laman sosial atau yang ditampal di tempat awam, sistem pesanan ringkas (SMS) dan platform media serta laman sesawang yang lain.

“Selepas itu, salah seorang suspek yang kononnya wakil syarikat pemberi pinjaman dengan menggunakan pelbagai nama samaran dan juga nombor telefon yang kebiasaannya didaftarkan menggunakan nama pemilik nombor telefon warganegara asing dan pemilik nombor telefon yang tidak wujud akan berurusan dengan mangsa.

“Mangsa akan diminta untuk membuat pelbagai jenis pembayaran yang kononnya sebagai yuran, caj pemprosesan, cukai, cukai setem dan bayaran perkhidmatan guaman.

“Setelah bayaran dibuat, mangsa tidak akan menerima pinjaman yang dijanjikan malah akan diugut dengan pelbagai ugutan supaya mangsa berasa takut dan membuat bayaran yang diarahkan oleh sindiket tersebut,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan laman Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM.

Advertisements

Lebih malang lagi, jelas Wille, sindiket terbabit akan menggunakan akaun mangsa untuk dijadikan keldai akaun atau ‘mule account’ dengan menerima wang penipuan daripada mangsa lain.

Menurut beliau, taktik itu merupakan muslihat suspek untuk menjadikan mangsa sebagai rakan sepenjenayah mereka yang kemudiannya akan dipanggil untuk siasatan kes penipuan yang lain.

Sehubungan itu, Willey menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan setiap iklan pinjaman wang dengan membuat pertanyaan dan semakan melalui rakan atau saudara mara.

Beliau menambah, jika ada kemusykilan, mereka boleh menyemak terlebih dahulu sama ada syarikat pemberi pinjaman itu berlesen atau tidak melalui laman sesawang KPKT).

Orang ramai juga dinasihatkan supaya hanya berurusan dengan syarikat pemberi pinjaman yang berlesen sahaja di mana ia boleh dilihat dari lesen yang dipamerkan di premis syarikat tersebut.

“Akhir sekali, jangan memberikan sebarang maklumat peribadi serta akaun bank kepada orang yang tidak dikenali yang berurusan hanya melalui panggilan atau interaksi telefon sahaja,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan