24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pendakwah Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia

Mesti Baca

JAKARTA – Pendakwah dan ulama Indonesia,  Syekh Ali Jaber meninggal dunia hari ini sebagaimana dimaklumkan oleh Yayasan Syekh Ali Jaber dalam akaun Instagramnya, @yayasan.syekhalijaber.


“Telah wafat guru kita, Syekh Ali Jaber (Ali Saleh Mohammed Ali Jaber) di Rumah Sakit Yarsi Hari ini, 14 Januari 2021/1 Jumadil Akhir 1442 H Jam 08.30 dalam keadaan negatif COVID-19.”


Demikian disampaikan oleh Ketua Yayasan Syekh Ali Jaber, Habib Abdurrahman Alhabsyi, dalam akaun Instagram tersebut, lapor Antara yang dipetik berita.mediacorp.sg.


Habib Abdurahman memohon untuk mengikhlaskan pemergian Syekh Ali Jaber dan memohon maaf atas segala kesalahan Allahyarham semasa hidup.


“Kita ikhlaskan kepulangan beliau kepada Rabbnya. Mohon dimaafkan segala kesalahan beliau. Semoga diterima segala amal soleh beliau,” tulisnya, seperti yang dipetik Antara.


Syekh Ali Jaber mengumumkan dirinya positif COVID-19 menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman Instagramnya pada 29 Disember lalu, lapor laman Kompas.com.


Allahyarham mengatakan bahawa beliau tidak menyangka dijangkiti walaupun sebelum itu sudah berkali-kali menjalani ujian calitan dan hasil ujiannya negatif.

Advertisements


Allaharham turut menekankan agar masyarakat sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mematuhi langkah keselamatan COVID-19.


Tidak lama selepas mengumumkan dirinya positif COVID-19, kesihatan Allahyarham memburuk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), lapor laman Kompas.com lagi.


Pada 4 Januari, Yayasan Syekh Ali Jaber memaklumkan bahawa Allahyarham beransur pulih.


Hari ini, Syekh Ali Jaber disahkan meninggal dunia.

Sekalipun demikian, Yayasan Syekh Ali Jaber menekankan Allahyarham sudah negatif COVID-19 semasa menghembuskan nafas terakhir.


Allahyarham juga pernah menjadi juri dalam rancangan bulan Ramadan, Hafiz Indonesia, yang menampilkan keupayaan kanak-kanak menghafal al Quran dan sering kali muncul di kaca televisyen bagi rancangan-rancangan keagamaan. 

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan